Dengan memilih faks pencetak daripada menu Cetak pada aplikasi seperti Microsoft Word atau Excel, anda boleh menghantar terus data seperti dokumen, lukisan dan jadual yang telah dibuat dengan helaian kulit.
Penerangan berikut menggunakan Microsoft Word sebagai contoh. Operasi sebenar mungkin berbeza bergantung pada aplikasi yang anda gunakan. Untuk mendapatkan butiran, lihat bantuan aplikasi.
Menggunakan aplikasi, buat dokumen untuk dihantar melalui faks.
Klik Cetak daripada menu Fail.
Tetingkap Cetak aplikasi dipaparkan.
Pilih XXXXX (FAX) (XXXXX ialah nama pencetak anda) dalam Pencetak dan semak tetapan penghantaran faks.
Klik Sifat Pencetak atau Sifat jika anda ingin menentukan Saiz Kertas, Orientasi, Warna, Kualiti Imej atau Densiti Aksara.
Untuk butiran, lihat bantuan pemacu PC-FAX.
Klik Cetak.
Apabila menggunakan FAX Utility untuk kali pertama, tetingkap untuk mendaftar maklumat anda akan dipaparkan. Masukkan maklumat yang perlu dan kemudian, klik OK.
Skrin Tetapan Penerima FAX Utility dipaparkan.
Apabila anda mahu menghantar dokumen lain dalam penghantaran faks yang sama, tandakan kotak semak Tambah dokumen utk hantar.
Skrin untuk menambahkan dokumen dipaparkan apabila anda mengklik Seterusnya dalam langkah 9.
Tandakan kotak semak Lmpirkn helaian pengiring jika perlu.
Nyatakan penerima.
Klik tab Buku Telefon PC-FAKS.
Pilih penerima daripada senarai dan klik Tambah.
Klik tab Kenalan pada Pencetak.
Pilih kenalan daripada senarai dan klik Tambah untuk meneruskan ke tetingkap Tambahkan pada Penerima.
Pilih kenalan daripada senarai yang dipaparkan dan klik Edit.
Tambahkan data peribadi seperti Syarikat/Perb. dan Pangkat jika perlu, kemudian klik OK untuk kembali ke tetingkap Tambahkan pada Penerima.
Jika perlu, pilih kotak semak Daftar dalam Buku Telefon PC-FAKS untuk menyimpan kenalan ke Buku Telefon PC-FAKS.
Klik OK.
Klik tab Dail Manual.
Masukkan maklumat yang diperlukan.
Klik Tambah.
Jika Jenis Talian pencetak anda ditetapkan kepada PBX dan kod akses telah ditetapkan untuk menggunakan # (cincangan) dan bukan memasukkan kod awalan sebenar, masukkan # (cincangan). Untuk butiran, lihat Jenis Talian dalam Tetapan Asas daripada pautan maklumat yang berkaitan di bawah.
Jika anda telah memilih Masukkan nombor faks dua kali dalam skrin utama Tetapan Pilihan pada FAX Utility, anda perlu memasukkan nombor yang sama sekali lagi semasa anda mengklik Tambah atau Seterusnya.
Penerima ditambahkan pada Senarai Penerima yang dipaparkan di bahagian atas tetingkap.
Klik Seterusnya.
Buka dokumen yang ingin ditambahkan dan pilih pencetak yang sama (nama faks) dalam tetingkap Cetak. Dokumen ditambahkan pada senarai Senarai Dokumen untuk Digabungkan.
Klik Pratonton untuk menyemak dokumen yang digabungkan.
Klik Seterusnya.
Tetapan Kualiti Imej dan Warna yang telah dipilih untuk dokumen pertama digunakan pada dokumen lain.
Pilih helaian kulit daripada sampel dalam senarai Helaian Pengiring. Harap maklum bahawa tiada fungsi untuk membuat helaian kulit asal atau untuk menambahkan helaian kulit asal pada senarai.
Masukkan Subjek dan Mesej.
Klik Seterusnya.
Tetapkan yang berikut jika perlu dalam Tetapan Helaian Pengiring.
Klik Pemformatan Helaian Pengiring jika anda ingin menukar susunan item pada helaian kulit. Anda boleh memilih saiz helaian kulit dalam Saiz Kertas. Anda turut boleh memilih helaian kulit pada saiz yang berbeza daripada dokumen yang sedang dihantar.
Klik Fon jika anda ingin menukar fon yang digunakan untuk teks pada helaian kulit.
Klik Tetapan Penghantar jika anda ingin menukar maklumat pengirim.
Klik Previu Terperinci jika anda ingin menyemak helaian kulit dengan subjek dan mesej yang anda masukkan.
Semak kandungan penghantaran dan klik Hantar.
Pastikan nama dan nombor faks penerima adalah betul sebelum menghantar. Klik Previu untuk pratonton helaian kulit dan dokumen yang hendak dihantar.
Selepas penghantaran dimulakan, tetingkap yang memaparkan status penghantaran dipaparkan.
Untuk menghentikan penghantaran, pilih data dan klik Batal
. Anda turut boleh membatalkan menggunakan panel kawalan pencetak.
Jika ralat berlaku semasa penghantaran, tetingkap Ralat komunikasi dipaparkan. Semak maklumat ralat dan hantar semula.
Skrin Monitor Status Faks (skrin yang dinyatakan di atas adalah tempat anda boleh menyemak status penghantaran) tidak dipaparkan jika Paparkan Monitor Status Faks Semasa Transmisi tidak dipilih dalam skrin Tetapan Pilihan pada skrin utama FAX Utility.