Melaraskan Warna Cetakan

Anda boleh melaraskan warna yang digunakan dalam tugas cetakan. Pelarasan ini tidak dikenakan kepada data asal.

Peningk.Foto menghasilkan imej yang lebih tajam dan warna lebih yang terang dengan melaraskan kontras, penepuan, dan kecerahan data imej asal secara automatik.

Perhatian:

Peningk.Foto melaraskan warna dengan menganalisa lokasi subjek. Oleh itu, sekiranya anda telah menukar lokasi subjek dengan mengurangkan, membesarkan, memangkas, atau memutar imej, warna boleh berubah tanpa dijangka. Memilih tetapan tanpa sempadan juga boleh menukar lokasi subjek yang mengakibatkan perubahan warna. Sekiranya imej berada di luar fokus, tona mungkin tidak asli. Sekiranya warna berubah atau menjadi tidak asli, sila mencetaknya dalam mod lain daripada Peningk.Foto.

  1. Pada tab Lagi Pilihan pemacu pencetak, pilih kaedah pembetulan warna daripada tetapan Pembetulan Warna.

    • Automatik: tetapan ini melaraskan tona secara automatik supaya sepadan dengan tetapan jenis kertas dan kualiti cetakan.
    • Tersuai: klik Lanjutan, anda boleh membuat tetapan anda sendiri.
  2. Tetapkan item lain pada Utama dan tab Lagi Pilihan jika perlu, dan kemudian klik OK.

  3. Klik Cetak.