> Memuatkan Kertas > Tetapan Saiz dan Jenis Kertas

Tetapan Saiz dan Jenis Kertas

Jika anda mendaftar saiz dan jenis kertas pada skrin yang dipaparkan semasa anda mengisi kertas, pencetak akan memberitahu anda apabila maklumat yang didaftarkan dan tetapan pencetak berbeza. Ini mencegah anda daripada membazir kertas dan dakwat dengan memastikan anda tidak mencetak pada saiz kertas yang salah atau mencetak dalam warna yang salah kerana menggunakan tetapan yang tidak sepadan dengan jenis kertas.

Skrin ini tidak dipaparkan jika anda telah menyahdayakan Pprn Auto Prsd Krts. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone atau iPad menggunakan AirPrint.

Jika saiz dan jenis kertas yang dipaparkan berbeza daripada kertas yang diisi, ubah tetapan untuk saiz dan jenis kertas, kemudian sahkannya.

Perhatian:

Anda juga boleh memaparkan skrin tetapan saiz kertas dan jenis kertas dengan memilih Tetapan > Persediaan Pencetak > Tetapan Punca Kertas > Tetapan Kertas.