> Memfaks > Sebelum Menggunakan Ciri Faks > Menyambungkan Pencetak ke Talian Telefon > Menyambungkan Pencetak ke Talian Telefon

Menyambungkan Pencetak ke Talian Telefon

Sambungkan pencetak kepada bicu dinding telefon menggunakan kabel telefon RJ-11 (6P2C). Apabila menyambung telefon kepada pencetak, gunakan kabel telefon RJ-11 (6P2C) kedua.

Bergantung kepada kawasan, kabel telefon mungkin disertakan dengan pencetak. Sekiranya ia disertakan, gunakan kabel itu.

Anda mungkin perlu menyambungkan kabel telefon ke penyesuai yang disediakan untuk negara atau rantau anda.

Perhatian:

Keluarkan penutup dari port EXT. pencetak hanya apabila menyambungkan telefon anda kepada pencetak. Jangan buka penutupnya sekiranya anda tidak menyambungkan telefon anda.

Di kawasan-kawasan di mana kilat kerap berlaku, kami mengesyorkan supaya anda menggunakan pelindung pusuan.