> Di mana Untuk mendapatkan Bantuan > Menghubungi Sokongan Epson > Bantuan bagi Pengguna di Australia

Bantuan bagi Pengguna di Australia

Epson Australia ingin memberikan anda tahap perkhidmatan pelanggan yang tinggi. Selain manual produk anda, kami menyediakan sumber-sumber berikut untuk mendapatkan maklumat:

URL Internet

http://www.epson.com.au

Akses kepada Laman Web Epson Australia. Adalah berharga untuk membawa modem anda di sini untuk melayari sesekali! Laman web ini menyediakan ruang untuk muat turun pemacu, pusat perhubungan Epson, maklumat produk baharu dan sokongan teknikal (e-mel).

Khidmat Bantuan Epson

Telefon: 1300-361-054

Khidmat Bantuan Epson disediakan sebagai sokongan terakhir untuk memastikan pelanggan kami mempunyai akses kepada khidmat nasihat. Operator di Khidmat Bantuan boleh membantu anda untuk memasang, mengkonfigurasi dan menggunakan produk Epson anda. Kakitangan Pra-jualan Khidmat Bantuan kami boleh memberikan keterangan tentang produk baharu Epson dan menasihati lokasi pengedar atau perkhidmatan ejen yang terdekat. Pelbagai jenis pertanyaan dijawab di sini.

Kami menggalakkan anda mempunyai semua maklumat yang berkaitan apabila menelefon. Lebih banyak maklumat yang anda sediakan, lebih cepat kami boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Maklumat ini termasuk manual produk Epson anda, jenis komputer, sistem pengendalian, program aplikasi, dan apa-apa maklumat yang anda rasa diperlukan.

Pengangkutan Produk

Epson mengesyorkan supaya mengekalkan pembungkusan produk untuk pengangkutan pada masa hadapan. Anda turut disyorkan supaya menutup tangki dakwat dengan pita pelekat dan memastikan produk dalam kedudukan menegak.