Faks boleh diterima oleh pencetak dan disimpan dalam format PDF pada komputer yang disambungkan ke pencetak. Gunakan (aplikasi) FAX Utility untuk membuat tetapan.
Untuk mendapatkan butiran tentang cara pengendalian FAX Utility, lihat Operasi Asas dalam bantuan FAX Utility (dipaparkan pada tetingkap utama). Jika skrin masukan kata laluan dipaparkan pada skrin komputer semasa anda membuat tetapan, masukkan kata laluan. Sekiranya anda tidak tahu kata laluan, hubungi pentadbir anda.
Semak sama ada FAX Utility dan pemacu PC-FAX pencetak telah dipasang dan tetapan FAX Utility telah dibuat sebelum menggunakan ciri ini.
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Jika FAX Utility tidak dipasang, pasang FAX Utility menggunakan EPSON Software Updater (aplikasi untuk mengemas kini perisian).
Untuk menerima faks pada komputer, Mod Terima pada panel kawalan pencetak mesti ditetapkan kepada Auto. Untuk membuat tetapan pada panel kawalan pencetak, pilih Tetapan > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Mod Terima.
Komputer yang ditetapkan untuk menerima faks hendaklah sentiasa dihidupkan. Dokumen yang diterima disimpan dalam memori pencetak buat sementara waktu sebelum dokumen disimpan pada komputer. Jika anda mematikan komputer itu, memori pencetak mungkin menjadi penuh kerana ia tidak boleh menghantar dokumen ke komputer.
Apabila faks yang diterima telah disimpan sementara pada memori pencetak, lampu
menyala.
Untuk membaca faks yang diterima, anda perlu memasang pemapar PDF seperti Adobe Reader pada komputer.