Mencetak Kod Bar Dengan Jelas

Anda boleh mencetak kod bar dengan jelas dan menjadikannya mudah diimbas. Dayakan ciri ini hanya jika kod bar yang dicetak tidak dapat diimbas.

Anda boleh menggunakan ciri ini di bawah syarat berikut.

  • Jenis Kertas: Kertas biasa, Sampul

  • Kualiti: Standard

  1. Pada tab Penyelenggaraan pemacu pencetak, klik Tetapan Dilanjutkan, kemudian pilih mod kod bar.

  2. Tetapkan item lain pada Utama dan tab Lagi Pilihan jika perlu, dan kemudian klik OK.

  3. Klik Cetak.

    Perhatian:

    Nyahkabur mungkin tidak selalunya boleh dilakukan bergantung pada keadaan.