Sentiasa gunakan butang kuasa semasa menghidupkan dan mematikan pencetak.
Pastikan lampu kuasa telah mati sebelum menanggalkan kord kuasa.
Dakwat boleh kering jika tidak ditutup. Sama seperti memasang penutup pada pen founten atau pen minyak untuk menghalangnya daripada kering, pastikan kepada cetak ditutup dengan betul untuk menghalang dakwat daripada kering.
Apabila kord kuasa ditanggalkan atau gangguan bekalan kuasa berlaku semasa pencetak sedang beroperasi, kepala cetak mungkin tidak ditutup dengan betul. Jika kepala cetak dibiarkan begitu, ia akan kering dan menyebabkan muncung (outlet dakwat) tersumbat.
Dalam hal ini, hidupkan pencetak dan matikannya semula selepas kepala cetak ditutup.