> Memfaks > Menerima Faks pada Pencetak > Menerima Faks Dengan Membuat Panggilan Telefon > Menerima Faks dengan Peninjauan (Undian Terima)

Menerima Faks dengan Peninjauan (Undian Terima)

Anda boleh menerima faks yang disimpan dalam satu lagi mesin faks dengan mendail nombor faks tersebut. Gunakan ciri ini untuk menerima dokumen dari perkhidmatan maklumat faks.

Perhatian:
  • Sekiranya perkhidmatan maklumat faks mempunyai ciri panduan audio yang perlu anda ikuti untuk menerima dokumen, anda tidak boleh menggunakan ciri ini.

  • Untuk menerima dokumen dari perkhidmatan maklumat faks yang menggunakan panduan audio, hanya mendail nombor faks dengan menggunakan telefon yang disambungkan, dan mengendalikan telefon dan pencetak dengan mengikut bimbingan audio.

  1. Pilih Faks pada skrin utama.

    Untuk memilih item, gunakan butang dan kemudian, tekan butang OK.

  2. Tekan butang OK, dan kemudian pilih Lagi.

  3. Pilih Undian Terima dan kemudian, pilih Hidup.

  4. Nyatakan penerima.

    Perhatian:

    Jika anda tidak boleh memasukkan nombor faks secara manual, Sekatan Dailan Terus dalam Tetapan Keselamatan ditetapkan pada Hidup. Pilih penerima faks daripada senarai kenalan atau sejarah faks dihantar.

  5. Tekan butang untuk memulakan Undian Terima.