> Memfaks > Pilihan Menu untuk Faks > Tetapan Hantar Faks

Tetapan Hantar Faks

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah:

Faks > Menu > Tetapan Hantar Faks

Hantar Terus:

Menghantar faks monokrom semasa mengimbas dokumen. Memandangkan dokumen yang diimbas tidak disimpan sementara dalam memori pencetak walaupun semasa menghantar halaman yang banyak, anda boleh mengelakkan ralat pencek yang disebabkan oleh kekurangan memori. Harap maklum bahawa penghantaran menggunakan ciri ini akan mengambil masa lebih lama berbanding tidak menggunakan ciri ini. Lihat maklumat berkenaan topik ini di bawah.

Anda tidak boleh menggunakan ciri ini apabila menghantar faks kepada berbilang penerima.

Hantar Faks Kemudian:

Menghantar faks pada masa yang anda tentukan. Hanya faks monokrom tersedia apabila menggunakan pilihan ini. Lihat maklumat berkenaan topik ini di bawah.

Tmbh Info Pngirim:

Pilih kedudukan yang ingin disertakan maklumat pengepala (nama pengirim dan nombor faks) dalam faks keluar atau tidak menyertakan maklumat.

  • Mati: Menghantar faks tanpa maklumat pengepala.

  • Luar Imej: Menghantar faks dengan maklumat pengepala dalam margin putih sebelah atas faks. Langkah ini memastikan pengepala tidak bertindan dengan imej yang diimbas, namun begitu, faks yang diterima oleh penerima boleh dicetak pada dua helaian bergantung pada saiz dokumen asal.

  • Dlm Imej: Menghantar faks dengan maklumat pengepala kira-kira 7 mm lebih rendah daripada bahagian atas imej yang diimbas. Pengepala mungkin bertindan dengan imej, namun begitu, faks yang diterima oleh penerima tidak akan dipisahkan menjadi dua dokumen.

Tmbh Info Pngirim:

Pengepala Faks

Pilih pengepala untuk penerima. Untuk menggunakan ciri ini, anda seharusnya mendaftar beberapa pengepala terlebih dahulu.

Maklumat Tambahan Pengepala:

Pilih maklumat yang ingin anda tambah. Anda boleh memilih satu daripada Nombor Telefon Anda dan Senarai Destinasi.

Laporan Transmisi:

Mencetak laporan penghantaran selepas anda menghantar faks.

Ralat Cetak mencetak laporan hanya apabila berlaku ralat.

Apabila Lampirkan imej Faks pada laporan telah ditetapkan dalam Tetapan > Tetapan Faks > Tetapan Laporan, faks dengan ralat juga dicetak dengan laporan.