Anda boleh menemui menu pada panel kawalan pencetak di bawah:
Tetapan > Tetapan Faks > Tetapan Terima
Menu Tetapan Terima
Simpan ke Komputer
Menyimpan faks yang diterima sebagai fail PDF pada komputer yang disambungkan kepada pencetak. Anda hanya boleh menetapkan ini kepada Ya dengan menggunakan FAX Utility (aplikasi). Anda tidak boleh mendayakan ini daripada panel kawalan pencetak. Pasang FAX Utility pada komputer terlebih dahulu. Selepas menetapkan ini kepada Ya, anda boleh menukar ini kepada Ya dan Cetak daripada panel kawalan pencetak.
Auto Pengurangan
Mencetak faks yang diterima dengan mengecilkan dokumen bersaiz besar untuk dimuatkan pada kertas dalam sumber kertas. Mengurangkan mungkin tidak selalunya boleh dilakukan bergantung kepada data yang diterima. Sekiranya ini dimatikan, dokumen besar akan dicetak pada saiz asalnya pada beberapa helaian, atau halaman kedua yang kosong mungkin dikeluarkan.
Ttpn Pisah Halamn
Mencetak faks yang diterima dengan membahagikan halaman apabila saiz dokumen yang diterima lebih besar daripada saiz kertas yang dimuatkan di dalam pencetak.
Auto Putaran
Memutarkan faks yang diterima sebagai dokumen saiz A5 berorientasikan landskap supaya dicetak pada kertas saiz A5. Tetapan ini digunakan apabila tetapan saiz kertas untuk sekurang-kurangnya satu sumber kertas yang digunakan untuk mencetak faks ditetapkan kepada A5.
Dengan memilih Mati, faks yang diterima sebagai saiz A5 berorientasikan landskap yang sama lebar dengan dokumen potret A4 dianggap faks bersaiz A4 dan dicetak seperti A4.
Mencetak maklumat penerimaan pada faks yang diterima, walaupun pengirim tidak menetapkan maklumat pengepala. Maklumat penerimaan mengandungi tarikh dan masa penerimaan, ID pengirim dan nombor halaman (seperti “P1”). Apabila Ttpn Pisah Halamn didayakan, nombor halaman terpisah turut disertakan.
Pmsaan Mula Ctak
Buat pilihan untuk mula mencetak faks untuk diterima.
Semua Halaman Diterima: Cetakan bermula selepas menerima semua halaman. Untuk mula mencetak dari halaman pertama atau halaman terakhir bergantung pada tetapan ciri Kmpul Smak Tindann. Lihat penerangan untuk Kmpul Smak Tindann.
Halaman Pertama Diterima: Memulakan cetakan apabila halaman pertama diterima dan mencetak mengikut susunan sebaik sahaja halaman diterima. Jika pencetak tidak dapat memulakan cetakan, contohnya semasa ia sedang mencetak tugas lain, pencetak mula mencetak halaman yang diterima sebagai satu kelompok apabila ia tersedia.
Kmpul Smak Tindann
Memandangkan halaman pertama dicetak akhir sekali (dikeluarkan di sebelah atas), dokumen yang dicetak ditindankan mengikut susunan halaman yang betul. Apabila pencetak kehabisan memori, ciri ini mungkin tidak sedia.
Masa Tangguh Cetak
Dalam tempoh yang anda tentukan daripada Msa Brhnti menerusi Mula Semula yang anda tentukan, pencetak menyimpan dokumen yang diterima dalam memori pencetak tanpa mencetaknya. Fungsi ini boleh digunakan untuk mencegah bunyi bising pada waktu malam atau untuk mengelakkan dokumen sulit daripada menjadi terdedah semasa anda tiada. Sebelum menggunakan ciri ini, pastikan ruang memori mencukupi. Apabila anda menetapkan ciri ini kepada Mati, anda boleh mencetak dokumen yang diterima walaupun sebelum masa mula semula.
Mod Senyap
Mengurangkan bunyi bising daripada pencetak semasa mencetak faks, namun begitu, kelajuan cetakan mungkin dikurangkan.