Tidak Boleh Menghantar atau Menerima Faks

Sebab berikut boleh dipertimbangkan.

Terdapat masalah dalam soket dinding telefon.

Penyelesaian

Pastikan soket dinding telefon berfungsi dengan menyambungkan telefon kepadanya dan mengujinya. Sekiranya anda tidak boleh membuat atau menerima panggilan, hubungi syarikat telekomunikasi anda.

Terdapat masalah dalam menyambungkan talian telefon.

Penyelesaian

Pilih Tetapan > Tetapan Faks > Periksa Sambungan Faks pada panel kawalan pencetak untuk menjalankan pemeriksaan sambungan faks automatik. Cuba penyelesaian yang dicetak pada laporan itu.

Ralat komunikasi berlaku.

Penyelesaian

Pilih Perlahan(9,600bps) dalam Tetapan > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Kelajuan Faks pada panel kawalan pencetak.

Disambungkan ke talian telefon DSL tanpa penapis DSL.

Penyelesaian

Untuk menyambung ke talian telefon DSL, anda perlu menggunakan modem DSL yang dilengkapi dengan penapis DSL terbina dalam, atau memasang penapis DSL yang berasingan ke talian. Hubungi pembekal DSL anda.

Menyambungkan ke DSL atau ISDN

Terdapat beberapa masalah dalam penapis DSL apabila anda menyambung ke talian telefon DSL.

Penyelesaian

Jika anda tidak boleh menghantar atau menerima faks, sambungkan pencetak terus ke soket dinding telefon untuk melihat jika pencetak boleh menghantar faks. Sekiranya ia berfungsi, masalah ini mungkin disebabkan oleh penapis DSL. Hubungi pembekal DSL anda.