> Pengimbasan > Maklumat Asas tentang Imbasan > Format Fail yang Disyorkan untuk Disesuaikan Dengan Tujuan Anda

Format Fail yang Disyorkan untuk Disesuaikan Dengan Tujuan Anda

Secara umumnya, format JPEG sesuai untuk foto manakala format PDF sesuai untuk dokumen.

Lihat penerangan berikut untuk memilih format terbaik untuk perkara yang anda mahu lakukan.

Format Fail

Penerangan

JPEG (.jpg)

Format fail yang membolehkan anda memampatkan data untuk disimpan. Jika nisbah mampatan adalah tinggi, kualiti imej menurun dan anda tidak dapat mengubah kembali imej ke kualiti asal.

Ini ialah format imej standard untuk kamera digital. Format ini sesuai untuk imej yang mempunyai banyak warna.

PDF (.pdf)

Format fail umum yang boleh digunakan di seluruh sistem pengendalian yang berbeza dan memberikan tahap paparan skrin dan hasil cetakan yang sama.

Selain itu, anda boleh menyimpan beberapa halaman sebagai satu fail.

Anda boleh melihat fail PDF menggunakan perisian membaca PDF yang khusus atau dalam pelayar Web.