Masalah mungkin disebabkan oleh salah satu isu berikut.
Penyelesaian
Apabila anda menukar persekitaran rangkaian seperti penghala wayarles atau penyedia perkhidmatan, cuba lakukan semula tetapan rangkaian untuk pencetak.
Sambungkan komputer atau peranti pintar ke SSID yang sama dengan pencetak.
Penyelesaian
Matikan peranti yang ingin disambungkan ke rangkaian. Tunggu kira-kira 10 saat, kemudian hidupkan peranti dalam aturan berikut; penghala wayarles, komputer atau peranti pintar dan pencetak. Dekatkan pencetak dan komputer atau peranti pintar ke penghala wayarles untuk mengukuhkan komunikasi gelombang radio, kemudian cuba lakukan tetapan rangkaian semula.

Penyelesaian
Pilih Tetapan > Tetapan Rangkaian > Semak Sambungan, kemudian cetak laporan sambungan rangkaian. Jika laporan menunjukkan bahawa sambungan rangkaian gagal, semak laporan sambungan rangkaian, kemudian ikut penyelesaian yang dicetak.
Penyelesaian
Cuba akses mana-mana laman web daripada peranti pintar anda untuk memastikan tetapan rangkaian peranti pintar anda adalah betul. Jika anda tidak dapat mengakses mana-mana laman web, ada masalah pada peranti pintar.
Semak sambungan rangkaian ke komputer. Lihat dokumentasi yang disediakan dengan peranti pintar untuk mendapatkan butiran.