> Percetakan > Mencetak Menggunakan Perkhidmatan Awan

Mencetak Menggunakan Perkhidmatan Awan

Dengan menggunakan perkhidmatan Epson Connect di Internet, anda boleh mencetak dari telefon pintar anda, tablet PC, atau komputer riba, bila-bila masa dan boleh dikatakan di mana-mana saja. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftarkan pengguna dan pencetak dalam Epson Connect.

Ciri-ciri yang terdapat di Internet adalah seperti berikut.

  • Email Print

    Apabila anda menghantar e-mel dengan lampiran seperti dokumen atau imej ke alamat e-mel yang ditetapkan dengan pencetak, anda boleh mencetak e-mel tersebut dan lampiran dari lokasi jauh seperti pencetak rumah atau pejabat anda.

  • Epson iPrint

    Aplikasi ini adalah untuk iOS dan Android serta membolehkan anda mencetak atau mengimbas dari telefon pintar atau tablet. Anda boleh mencetak dokumen, imej dan laman web dengan menghantarnya terus ke pencetak pada LAN wayarles yang sama.

  • Remote Print Driver

    Ini pemacu kongsi yang disokong oleh Pemacu Cetak Jauh. Apabila mencetak menggunakan pencetak di lokasi jauh, anda boleh mencetak dengan mengubah pencetak pada tetingkap aplikasi biasa.

Lihat portal web Epson Connect untuk mendapatkan butiran tentang cara menyediakan atau mencetak.

https://www.epsonconnect.com/

http://www.epsonconnect.eu (Eropah sahaja)