Epson Software Updater ialah aplikasi yang memasang perisian baru dan mengemas kini perisian tegar melalui Internet. Jika anda ingin menyemak maklumat kemas kini secara kerap, anda boleh menetapkan selang untuk menyemak kemas kini dalam Tetapan Kemas Kini Automatik Epson Software Updater.
Sistem pengendalian Windows Server tidak disokong.
Windows 10
Klik butang mula dan pilih EPSON Software > Epson Software Updater.
Windows 8.1/Windows 8
Masukkan nama aplikasi dalam bahagian carian, dan kemudian pilih ikon yang dipaparkan.
Windows 7/Windows Vista/Windows XP
Klik pada butang mula, dan pilih Semua Program (atau Program) > EPSON Software > Epson Software Updater.
Anda juga boleh memulakan Epson Software Updater dengan mengklik ikon pencetak pada bar tugasan pada desktop dan kemudian pilih Kemas Kini Perisian.
Pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software > Epson Software Updater.