Sekiranya produk Epson anda tidak beroperasi dengan betul dan anda tidak boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan maklumat penyelesaian masalah dalam manual produk, sila hubungi perkhidmatan sokongan Epson untuk bantuan.
Senarai sokongan Epson berikut adalah berdasarkan negara jualan. Sesetengah produk mungkin tidak dijual di lokasi semasa anda, jadi pastikan anda menghubungi sokongan Epson untuk kawasan tempat anda membeli produk anda.
Sekiranya sokongan Epson untuk kawasan anda tidak disenaraikan di bawah, sila hubungi pengedar di mana anda membeli produk tersebut.
Pihak sokongan Epson akan dapat membantu anda dengan lebih cepat sekiranya anda memberikan mereka maklumat yang berikut:
Nombor siri produk
(Kedudukan lampiran label bergantung pada produk; ia mungkin terdapat di bahagian belakang, bahagian penutup yang terbuka, atau bahagian bawah.)
Model produk
Versi perisian produk
(Klik About, Version Info, atau butang yang serupa dalam perisian produk.)
Jenama dan model komputer anda
Nama sistem pengendalian komputer anda dan versi
Nama dan versi aplikasi perisian yang anda biasa gunakan dengan produk anda
Bergantung kepada produk, data senarai dail untuk faks dan/atau tetapan rangkaian mungkin disimpan dalam memori produk. Disebabkan kerosakan atau pembaikan produk, data dan/atau tetapan mungkin hilang. Epson tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan data, untuk membuat sandaran atau memulihkan data dan/atau tetapan walaupun dalam tempoh jaminan. Kami mengesyorkan supaya anda membuat sandaran data anda sendiri atau mengambil nota.