E-13

Penyelesaian:

Semak perkara berikut.

  • Peranti rangkaian seperti penghala wayarles, hab dan penghala dihidupkan.

  • Persediaan TCP/IP untuk peranti rangkaian tidak ditetapkan secara manual. (Jika Persediaan TCP/IP pencetak ditetapkan secara automatik manakala Persediaan TCP/IP untuk peranti rangkaian lain dilakukan secara manual, rangkaian pencetak mungkin berbeza daripada rangkaian untuk peranti lain.)

Selepas menyemak seperti di atas dan jika ia masih tidak berfungsi, cuba perkara berikut.

  • Matikan penghala wayarles. Tunggu selama lebih kurang 10 saat dan hidupkannya.

  • Buat tetapan rangkaian pada komputer yang berada pada rangkaian yang sama dengan pencetak menggunakan pemasangnya. Anda boleh menjalankannya daripada laman web berikut.

    http://epson.sn > Persediaan

  • Anda boleh mendaftarkan beberapa kata laluan pada penghala wayarles yang menggunakan jenis keselamatan WEP. Jika beberapa kata laluan didaftarkan, semak jika kata laluan berdaftar yang pertama ditetapkan pada pencetak.