> Pengimbasan > Mengimbas Dokumen ke Komputer > Mengimbas daripada Panel Kawalan

Mengimbas daripada Panel Kawalan

Perhatian:

Untuk menggunakan ciri ini, pastikan aplikasi berikut dipasang pada komputer anda.

  • Epson ScanSmart (Windows 7 atau lebih baharu, atau OS X El Capitan atau lebih baharu)

  • Epson Event Manager (Windows Vista/Windows XP atau OS X Yosemite/OS X Mavericks/OS X Mountain Lion/Mac OS X v10.7.x/Mac OS X v10.6.8)

  • Epson Scan 2 (aplikasi diperlukan untuk menggunakan ciri pengimbas)

Lihat yang berikut untuk menyemak aplikasi yang dipasang.

Windows 10: Klik pada butang mula, kemudian pilih Sistem WindowsPanel KawalanProgramProgram dan Ciri.

Windows 8.1/Windows 8: Pilih DesktopTetapanPanel KawalanProgramProgram dan Ciri.

Windows 7/Windowes Vista: klik butang mula dan pilih Panel KawalanProgramProgram dan Ciri.

Windows XP: klik butang mula dan pilih Panel KawalanTambah atau Alih Keluar Program.

Mac OS: pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software.

  1. Letakkan dokumen.

    Meletakkan Dokumen

  2. Pilih Imbasan > Komputer pada panel kawalan.

    Untuk memilih item, gunakan butang dan kemudian, tekan butang OK.

  3. Pilih komputer mana untuk menyimpan imej yang diimbas.

    • Jika skrin Pilih Komputer dipaparkan, pilih komputer daripada skrin.
    • Jika skrin Imbas ke Komputer dipaparkan dan komputer sudah dipilih, pastikan komputer yang dipilih adalah betul. Jika anda mahu menukar komputer, pilih dan kemudian, pilih komputer lain.
  4. Pilih untuk memilih cara hendak menyimpan imej yang diimbas ke komputer.

    • Pratonton pada Komputer (Windows 7 atau lebih baharu, atau OS X El Capitan atau lebih baharu): pratonton imej yang diimbas pada komputer anda sebelum menyimpan imej.
    • Simpan sbg JPEG: menyimpan imej yang diimbas dalam format JPEG.
    • Simpan sbg. PDF: menyimpan imej yang diimbas dalam format PDF.
  5. Tekan butang .

Semasa menggunakan Windows 7 atau lebih baharu, atau OS X El Capitan atau lebih baharu: Epson ScanSmart dimulakan secara automatik pada komputer anda dan imbasan bermula.

Perhatian:

Lihat bantuan Epson ScanSmart bagi mendapatkan maklumat operasi terperinci untuk perisian. Klik Bantuan pada skrin Epson ScanSmart untuk membuka bantuan.