Melaraskan Kualiti Cetakan

Jika anda menyedari halaman kosong dilenting keluar, garisan menegak tidak sejajar, imej kabur, atau jaluran mendatar, cuba Pelarasan Kualiti Cetakan.

Penting:

Pembersihan kepala mungkin perlu selepas melakukan Pelarasan Kualiti Cetakan. Periksa item berikut semasa melakukan pembersihan kepala.

  • Pembersihan kepala menggunakan dakwat dan tidak seharusnya dilakukan lebih daripada yang diperlukan.

  • Apabila paras dakwat rendah, anda mungkin tidak dapat membersihkan kepala cetakan.

  • Jangan matikan pencetak semasa pembersihan kepala. Sekiranya pembersihan kepala tidak lengkap, anda mungkin tidak dapat mencetak.

  1. Pilih Penyelenggaraan pada panel kawalan pencetak.

  2. Pilih Pelarasan Kualiti Cetakan.

  3. Ikut arahan pada skrin untuk mencetak corak pelarasan dan mengimbasnya.

    Awas:

    Tutup penutup dokumen sebelum mengimbas.

    Pelarasan akan dilakukan secara automatik.

    Perhatian:
    • Jika imbasan gagal, periksa kertas yang ditetapkan pada kaca pengimbas dan pilih Mula Mngmbas. Jika kertas dilipat atau tidak disejajarkan dengan betul dengan tanda sudut, ia tidak boleh diimbas.

    • Walaupun helaian kosong dilenting keluar, ikut arahan pada skrin untuk mengimbas. Jika anda mengimbas helaian kertas kosong, imbasan akan gagal. Jika ini berlaku, pilih Batal dan ikut arahan pada skrin.

    • Jika masalah tidak bertambah baik walaupun selepas melakukan Pelarasan Kualiti Cetakan, pergi ke Penyelenggaraan untuk melakukan semua pelarasan kepala cetak yang tersedia (pemeriksaan muncung, pembersihan, Pelarasan penjajaran). Lihat Maklumat berkaitan untuk butiran lanjut.