Memaparkan kod QR untuk menyambungkan peranti mudah alih dengan Wi-Fi Direct.
Peranti OS Lain
Memaparkan SSID dan kata laluan untuk menyambungkan Wi-Fi Direct.
Sambung Mudah dengan Aplikasi
Wujudkan sambungan LAN wayarles menggunakan maklumat LAN wayarles untuk komputer atau peranti mudah alih anda.
Status Rangkaian
Status LAN Berwayar/Wi-Fi
Memaparkan maklumat rangkaian pencetak.
Status Wi-Fi Direct
Memaparkan maklumat tetapan Wi-Fi Direct.
Cetak Helaian Status
Mencetak helaian status rangkaian.
Maklumat untuk Ethernet, Wi-Fi, Wi-Fi Direct dan sebagainya dicetak pada dua atau beberapa halaman.
Pemeriksaan Sambungan
Menyemak sambungan rangkaian semasa dan mencetak laporan. Sekiranya terdapat sebarang masalah dengan sambungan, lihat laporan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Lanjutan
Nama Peranti
Menukar nama peranti kepada mana-mana nama dalam 2 hingga 53 aksara.
TCP/IP
Mengkonfigurasikan tetapan IP, jika alamat IP adalah statik.
Untuk konfigurasi automatik, gunakan alamat IP yang diberikan oleh DHCP.
Untuk menetapkan secara manual, tukar kepada Manual dan kemudian masukkan alamat IP yang ingin anda tetapkan.
Pelayan Proksi
Tetapkan ini jika anda menggunakan pelayan proksi dalam persekitaran rangkaian anda dan mahu menetapkannya untuk pencetak juga.
Alamat IPv6
Menetapkan sama ada untuk mendayakan pengalamatan IPv6 atau tidak.
Kelajuan Pautan & Dupleks
Pilih kelajuan Ethernet dan tetapan dupleks yang sesuai. Jika anda memilih tetapan selain daripada Auto, pastikan tetapan itu sepadan dengan tetapan pada hab yang anda gunakan.