> Menyelesaikan Masalah > Mesej Dipaparkan pada Skrin LCD

Mesej Dipaparkan pada Skrin LCD

Sekiranya mesej ralat dipaparkan pada skrin LCD, ikut arahan pada skrin atau penyelesaian di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mesej Ralat

Penyelesaian

Ralat pencetak. Matikan kuasa dan hidupkan semula. Untuk mendapatkan butiran, lihat dokumentasi anda.

Buang sebarang kertas atau bahan pelindung dalam pencetak. Jika mesej ralat masih dipaparkan, hubungi sokongan Epson.

Ralat pencetak. Untuk mendapatkan butiran, lihat dokumentasi anda. Ciri bukan pencetakan tersedia.

Pencetak mungkin rosak. Hubungi sokongan Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk meminta pembaikan. Bagaimanapun, ciri bukan cetakan seperti pengimbasan tersedia.

Ralat Pencetak. Untuk mendapatkan butiran, lihat dokumentasi anda.

Pencetak mungkin rosak. Hubungi sokongan Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk meminta pembaikan.

Kertas keluar di dalam XX. Muatkan kertas. Saiz Kertas: XX/Jenis Kertas: XX

Isikan kertas di dalam sumber kertas yang dipaparkan dan jika anda mengisi kertas dalam kaset kertas, masukkan sepenuhnya.

Pprn Auto Persediaan Krts ditetapkan kepada Mati. Beberapa ciri mungkin tidak tersedia. Untuk butiran, lihat dokumentasi anda.

Sekiranya Pprn Auto Persediaan Krts dinyahdayakan, anda tidak boleh menggunakan AirPrint.

Gabungan alamat IP dan topeng subnet tidak sah. Lihat dokumentasi anda utk butiran lanjut.

Masukkan alamat IP yang betul atau get laluan lalai. Hubungi orang yang menyediakan rangkaian untuk mendapatkan bantuan.

Kemas kini sijil punca untuk menggunakan perkhidmatan awan.

Jalankan Web Config, kemudian kemas kini sijil akar.

Pastikan ttpn port pencetak (seperti Alamat IP) atau pemacu pencetak betul melalui komp.

Pastikan port pencetak dipilih dengan betul dalam Ciri > Port dari menu Pencetak seperti berikut.

Pilih “USBXXX” untuk sambungan USB, atau “EpsonNet Print Port” untuk sambungan rangkaian.

Recovery Mode

Update Firmware

Pencetak telah dimulakan dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar telah gagal. Ikut langkah di bawah untuk cuba mengemas kini perisian tegar sekali lagi.

1. Sambungkan komputer dan pencetak dengan kabel USB. (Dalam mod pemulihan, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian.)

2. Layari laman web Epson tempatan anda untuk mendapatkan arahan lanjut.