Berhati-hati supaya tidak memerangkap tangan atau jari anda apabila membuka atau menutup unit pengimbas. Jika tidak, anda mungkin tercedera.
Jangan sentuh butang pada panel kawalan semasa tangan anda berada dalam pencetak. Sekiranya pencetak bermula beroperasi, ia boleh menyebabkan kecederaan. Berhati-hati untuk tidak menyentuh bahagian yang menonjol bagi mengelakkan kecederaan.
Tarik sokongan kertas.

Alih keluar penutup belakang.

Keluarkan kertas yang tersekat.

Alih keluar kertas tersekat daripada penutup belakang.

Masukkan penutup belakang ke dalam pencetak.
Buka unit pengimbas dengan penutup dokumen itu ditutup.

Keluarkan kertas yang tersekat.

Jangan sentuh kabel leper putih, filem lut sinar atau kunci pengangkutan di dalam pencetak. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan.

Tutup unit pengimbas.
Untuk keselamatan, unit pengimbas ditutup dalam dua langkah.

Unit pengimbas tidak boleh dibuka daripada kedudukan yang ditunjukkan di bawah. Tutup sepenuhnya sebelum membukanya.
