Memutuskan Sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah)

Terdapat dua kaedah untuk menyahdayakan sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah); anda boleh menyahdayakan semua sambungan dengan menggunakan panel kawalan pencetak atau menyahdayakan setiap sambungan daripada komputer atau peranti pintar. Bahagian ini menerangkan cara untuk menyahdayakan semua sambungan.

Penting:

Apabila sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah) dinyahdayakan, semua komputer dan peranti pintar yang disambungkan ke pencetak dengan sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah) akan diputuskan.

Perhatian:

Jika anda ingin memutuskan sambungan peranti tertentu, putuskan sambungan daripada peranti, bukan pencetak. Gunakan salah satu kaedah berikut untuk memutuskan sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah) daripada peranti.

  • Putuskan sambungan Wi-Fi ke nama rangkaian pencetak (SSID).

  • Sambungkan ke nama rangkaian lain (SSID).

  1. Ketik pada skrin utama.

  2. Pilih Wi-Fi Direct.

    Maklumat Wi-Fi Direct dipaparkan.

  3. Ketik Mulakan Persediaan.

  4. Ketik Ubah.

  5. Pilih Nyahdayakan Wi-Fi Direct.

  6. Ketik Nyahdayakan tetapan.

  7. Apabila mesej selesai dipaparkan, tutup skrin.

    Skrin tertutup secara automatik selepas satu tempoh masa tertentu.

  8. Tutup skrin Tetapan Sambungan Rangkaian.