Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak
Anda tidak boleh menukar tetapan yang telah dikunci oleh pentadbir anda.
Tetapan Pencetak
Tetapan Punca Kertas
Tetapan Kertas
Pilih saiz kertas dan jenis kertas yang anda muatkan dalam sumber kertas. Anda boleh membuat Tetapan Kertas Kegemaran dalam saiz kertas dan jenis kertas.
Keutamaan Dulang Kertas
Pilih Hidup untuk memberi keutamaan cetakan kepada kertas yang diisi dalam dulang kertas.
Auto Tukar A4/Surat
Pilih Hidup untuk menyuapkan kertas daripada sumber kertas yang ditetapkan sebagai saiz A4 apabila tiada sumber kertas ditetapkan sebagai Surat atau suapan daripada sumber kertas yang ditetapkan sebagai saiz Surat apabila tiada sumber kertas yang ditetapkan sebagai A4.
Tetapan Auto Pilih
Apabila kertas habis, kertas disuap secara automatik daripada sumber kertas yang mempunyai tetapan sama seperti tetapan kertas untuk tugas cetakan. Anda boleh menetapkan pemilihan automatik untuk setiap sumber kertas bagi setiap fungsi dalam salinan, faks atau lain-lain. Anda tidak boleh menetapkan segala-galanya kepada mati.
Tetapan ini dinyahdayakan apabila anda memilih sumber kertas khusus dalam tetapan kertas untuk tugas cetakan. Bergantung pada tetapan jenis kertas pada tab Utama pemacu pencetak, kertas mungkin tidak disuap secara automatik.
Notis Ralat
Pilih Hidup untuk memaparkan mesej ralat apabila saiz atau jenis kertas yang dipilih tidak sepadan dengan kertas yang dimuatkan.
Pprn Auto Persediaan Krts
Pilih Hidup untuk memaparkan skrin Tetapan Kertas semasa memuatkan kertas dalam sumber kertas. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.
Bahasa Cetak
Pilih bahasa cetakan untuk antara muka USB atau antara muka rangkaian.
Tetapan Cetakan Universal
Tetapan cetakan ini digunakan apabila anda mencetak menggunakan peranti luaran tanpa menggunakan pemacu pencetak. Tetapan ofset digunakan apabila anda mencetak menggunakan pemacu pencetak.
Ofset Atas
Laraskan margin bahagian atas kertas.
Ofset Kiri
Laraskan margin bahagian kiri kertas.
Ofset Atas di bahagian belakang
Laraskan margin bahagian atas untuk belakang halaman apabila menjalankan cetakan 2 muka.
Ofset Kiri di bahagian belakang
Laraskan margin bahagian kiri untuk belakang halaman apabila menjalankan cetakan 2 muka.
Periksa Lebar Kertas
Pilih Hidup untuk memeriksa lebar kertas sebelum mencetak. Ini mencegah cetakan melebihi tepi kertas semasa tetapan saiz kertas tidak betul, tetapi ini boleh mengurangkan kelajuan cetakan.
Langkau Halaman Kosong
Melangkau halaman kosong dalam data cetakan secara automatik.
Konfigurasi Cetak PDL
Buat pilihan Konfigurasi Cetak PDL yang ingin digunakan untuk cetakan PCL atau PostScript.
Tetapan Biasa
Saiz Kertas
Pilih saiz kertas lalai untuk pencetakan PCL atau PostScript.
Jenis Kertas
Pilih jenis kertas lalai untuk pencetakan PCL atau PostScript.
Orientasi
Pilih orientasi lalai untuk pencetakan PCL atau PostScript.
Kualiti
Pilih kualiti cetakan untuk pencetakan PCL atau PostScript.
Mod Jimat Dakwat
Pilih Hidup untuk menjimatkan dakwat dengan mengurangkan ketumpatan cetakan.
Susunan Cetak
Hlmn Terakhir di Atas
Memulakan cetakan daripada halaman pertama fail.
Hlmn Pertama di Atas
Memulakan pencetakan dari halaman terakhir fail.
Bilangan Salinan
Tetapkan bilangan salinan untuk dicetak.
Margin Pengikatan
Pilih kedudukan pengikat.
Penolakan Kertas Auto
Pilih Hidup untuk menolak keluar kertas secara automatik ketika pencetakan dihentikan semasa tugas cetak.
Cetakan 2 Muka
Pilih Hidup untuk melakukan pencetakan 2 muka.
Menu PCL
Sumber Fon
Residen
Pilih untuk menggunakan fon yang diprapasang pada pencetak.
Muat turun
Pilih untuk menggunakan fon yang telah anda muat turun.
Nombor Fon
Pilih nombor fon lalai untuk Sumber Fon lalai. Nombor yang tersedia berbeza-beza bergantung pada tetapan yang anda buat.
Pic
Tetapkan pic fon lalai jika fon adalah boleh skala dan pic tetap. Anda boleh memilih dari 0.44 hingga 99.99 cpi (aksara setiap inci), dalam kenaikan 0.01.
Item ini mungkin tidak kelihatan bergantung pada tetapan Sumber Fon atau Nombor Fon.
Tinggi
Tetapkan ketinggian fon lalai jika fon adalah boleh skala dan berkadar. Anda boleh memilih dari 4.00 hingga 999.75 titik, dalam kenaikan 0.25.
Item ini mungkin tidak kelihatan bergantung pada tetapan Sumber Fon atau Nombor Fon.
Set Simbol
Pilih set simbol lalai. Jika fon yang anda pilih dalam Sumber Fon dan tetapan Sumber Fon tidak tersedia dalam tetapan set simbol baharu, tetapan Sumber Fon dan Nombor Fon digantikan secara automatik dengan nilai lalai, IBM-US.
Borang
Tetapkan bilangan baris untuk saiz dan orientasi kertas yang dipilih. Ini juga menyebabkan perubahan penjarakan baris (VMI) dan nilai VMI baharu disimpan dalam pencetak. Ini bermakna bahawa perubahan kemudian dalam tetapan saiz atau orientasi kertas menyebabkan perubahan dalam nilai Borang berdasarkan VMI yang disimpan.
Fungsi CR
Pilih arahan suap baris apabila mencetak dengan pemacu daripada sistem operasi tertentu.
Fungsi LF
Pilih arahan suap baris apabila mencetak dengan pemacu daripada sistem operasi tertentu.
Peruntukan Sumber Kertas
Tetapkan tugasan untuk arahan pilih sumber kertas. Apabila 4 dipilih, arahan ditetapkan sebagai serasi dengan HP LaserJet 4. Apabila 4K dipilih, arahan ditetapkan sebagai serasi dengan HP LaserJet 4000, 5000 dan 8000. Apabila 5S dipilih, arahan ditetapkan sebagai serasi dengan HP LaserJet 5S.
Menu PS
Helaian Ralat
Pilih Hidup untuk mencetak helaian yang menunjukkan status apabila ralat berlaku semasa pencetakan PostScript atau PDF.
Pewarnaan
Pilih mod warna untuk pencetakan PostScript.
Perduaan
Pilih Hidup apabila mencetak data yang mengandungi imej binari. Aplikasi mungkin menghantar data binari jika tetapan pemacu pencetak ditetapkan kepada ASCII tetapi anda boleh mencetak data apabila ciri ini didayakan.
Saiz Halaman PDF
Pilih saiz kertas apabila mencetak fail PDF. Jika Auto dipilih, saiz kertas ditentukan berdasarkan saiz halaman pertama.
Penyelesai Ralat Auto
Pilih tindakan untuk dijalankan apabila ralat cetakan 2 muka atau ralat memori penuh berlaku.
Hidup
Memaparkan amaran dan mencetak dalam mod satu muka apabila ralat cetakan 2 muka berlaku atau mencetak maklumat yang dapat diproses oleh pencetak sahaja apabila ralat memori penuh berlaku.
Mati
Memaparkan mesej ralat dan membatalkan cetakan.
Antara Muka Peranti Memori
Peranti Memori:
Pilih Dayakan untuk membolehkan pencetak mengakses peranti memori yang dimasukkan. Jika Nyahdaya dipilih, anda tidak boleh menyimpan data pada peranti memori menggunakan pencetak. Langkah ini menghalang dokumen sulit daripada diimbas dan disimpan ke peranti memori tanpa kebenaran.
Perkongsian Fail:
Pilih sama ada hendak memberikan akses tulis kepada peranti memori daripada komputer yang disambungkan dengan USB atau komputer yang disambungkan melalui rangkaian.
Kertas Tebal
Pilih Hidup untuk mengelakkan dakwat daripada tercalit pada cetakan anda, namun begitu, langkah ini boleh merendahkan kelajuan cetakan.
Halang Kertas Output Bergulung
Pilih Hidup untuk mengurangkan kertas daripada bergulung dengan mengurangkan ketumpatan cetakan semasa mencetak.
Mod Senyap
Pilih Hidup untuk mengurangkan bising semasa mencetak, namun begitu, ini boleh mengurang kelajuan cetakan. Bergantung pada jenis kertas dan tetapan kualiti cetakan yang anda pilih, mungkin tidak terdapat perbezaan dalam tahap bising pencetak.
Masa Kering Dakwat
Pilih masa pengeringan dakwat yang ingin digunakan semasa melakukan cetakan 2 muka. Pencetak mencetak bahagian lain selepas mencetak pada satu bahagian. Jika cetakan anda comot, tingkatkan tetapan masa.
Dwiarah
Pilih Hidup untuk menukar arah cetakan; Mencetak ketika kepala cetak bergerak ke kiri atau ke kanan. Jika garisan berbaris melintang atau menegak pada cetakan anda kelihatan kabur atau senget, menyahdayakan ciri ini mungkin menyelesaikan masalah tersebut; tetapi, berbuat demikian mungkin mengurangkan kelajuan cetakan.
Pemanjangan Automatik Bekas Output
Pilih Hidup untuk memanjangkan sokongan output kertas secara automatik semasa mencetak kertas bersaiz A3.
Sambungan PC melalui USB
Pilih Dayakan untuk membolehkan komputer mengakses pencetak semasa disambungkan melalui USB. Apabila Nyahdaya dipilih, cetakan dan imbasan yang tidak dihantar melalui sambungan rangkaian akan disekat.
Tetapa Tamat Masa USB I/F
Tentukan tempoh masa dalam saat yang mesti berlalu sebelum menamatkan komunikasi USB dengan komputer selepas pencetak menerima tugas cetak daripada pemacu pencetak PostScript atau pemacu pencetak PCL. Jika penamatan tugas tidak ditakrifkan dengan jelas daripada pemacu pencetak PostScript atau pemacu pencetak PCL, ia boleh menyebabkan komunikasi USB tanpa henti. Apabila ini berlaku, pencetak menamatkan komunikasi selepas masa tertentu berlalu. Masukkan 0 (sifar) jika anda tidak mahu menamatkan komunikasi.