Lihat dokumentasi yang dibekalkan dengan cakera anda untuk maklumat lanjut tentang pengendalian cakera atau penulisan data.
Jangan cetak di atas cakera sebelum menulis data padanya. Jika anda lakukan, kesan cap jari, kotoran, atau calar pada permukaan boleh menyebabkan ralat semasa penulisan data.
Bergantung pada jenis cakera atau data cetakan, comot boleh berlaku. Cuba buat cetakan ujian di atas cakera ganti. Periksa permukaan cetakan selepas menunggu selama sehari.
Berbanding cetakan di atas kertas Epson tulen, ketumpatan cetakan direndahkan untuk mengelakkan dakwat daripada comot di atas cakera. Laraskan ketumpatan cetakan mengikut keperluan.
Berikan masa sekurang-kurangnya 24 jam kepada cakera yang dicetak untuk kering tanpa cahaya matahari terus. Jangan tindan atau masukkan cakera ke dalam peranti anda sehingga ia betul-betul kering.
Jika permukaan cetakan masih melekit selepas ianya kering, kurangkan kemasan cetakan.
Cetakan semula pada cakera yang sama tidak akan meningkatkan kualiti cetakan.
Jika dulang cakera/kad ID atau petak dalaman telus pandang dicetak secara tidak sengaja, lapkan dakwat dengan serta-merta.
Bergantung pada tetapan kawasan cetakan, cakera atau dulang cakera/kad ID boleh kotor. Buat tetapan untuk mencetak di kawasan cetakan.
Anda boleh menetapkan julat cetakan cakera kepada minimum 18 mm untuk diameter dalaman, dan maksimum 120 mm untuk diameter luaran. Bergantung pada tetapan, cakera atau dulang cakera/kad ID boleh comot. Tetapkan dalam julat cetakan untuk cakera yang mahu anda cetak.