> Menyelesaikan Masalah > Memeriksa Status Lampu dan Pencetak

Memeriksa Status Lampu dan Pencetak

Lampu pada panel kawalan menunjukkan status pencetak.

Status Normal

: Hidup

Lampu

Status

Pencetak disambungkan ke rangkaian wayarles (Wi-Fi).

Pencetak disambungkan ke rangkaian dalam mod Wi-Fi Direct (AP Mudah).

Status Ralat

Apabila ralat berlaku, lampu menyala atau berkelip. Butiran ralat dipaparkan pada skrin komputer.

/: Hidup

/: Berkelip

Lampu

Status

Penyelesaian

Sambungan Wi-Fi telah berlaku.

Tekan butang untuk mengosongkan ralat dan cuba semula.

Pengecasan dakwat awal mungkin tidak lengkap.

Lihat poster Mula di Sini untuk melengkapkan pengecasan dakwat awal.

Tiada kertas dimasukkan atau lebih daripada sehelai dimasukkan pada satu-satu masa.

Masukkan kertas dan tekan butang atau .

Kertas tersekat berlaku.

Keluarkan kertas dan tekan butang atau .

Jika ralat kertas tersekat berterusan selepas mengeluarkan kertas serta mematikan dan menghidupkan kuasa semula, mungkin masih terdapat kertas di dalam pencetak. Isikan kertas bersaiz A4 dalam penyuap kertas belakang dan kemudian, tekan butang atau untuk mengeluarkan kertas yang terdapat di dalam pencetak. Isikan kertas dalam arah potret.

Jika ralat tidak dapat diselesaikan, hubungi sokongan Epson.

  • Pencetak tidak dimatikan dengan betul.*

  • Memandangkan pencetak telah dimatikan semasa sedang beroperasi, muncung mungkin menjadi kering dan tersumbat.

* Kuasa dimatikan melalui sambungan kabel kuasa atau pemutus litar, palam ditarik daripada salur keluar elektrik atau kegagalan elektrik berlaku.

  • Selepas mengosongkan ralat dengan menekan butang atau , kami cadangkan supaya melakukan pemeriksaan muncung. Batalkan sebarang kerja mencetak yang masih menunggu.

  • Untuk mematikan pencetak, pastikan anda menekan butang .

Apabila lampu dan lampu berkelip serentak

Pad dakwat semakin hampir atau berada di hujung hayat perkhidmatannya.

Pad dakwat perlu digantikan.

Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang berdaftar untuk menggantikan pad dakwat.*1 Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna.

Apabila mesej mengatakan anda boleh terus mencetak dipaparkan pada komputer, tekan butang atau untuk teruskan cetakan. Lampu berhenti berkelip untuk sementara, bagaimanapun, a akan terus berkelip pada selang yang kerap sehingga pad dakwat digantikan.

Apabila lampu dan lampu berkelip berselang-seli

Pad dakwat cetakan tanpa sempadan semakin hampir atau berada di hujung hayat perkhidmatannya.

Pad dakwat cetakan tanpa sempadan perlu digantikan.

Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang berdaftar untuk menggantikan pad dakwat.*2 Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna.

Apabila mesej mengatakan anda boleh terus mencetak dipaparkan pada komputer, tekan butang atau untuk teruskan cetakan. Lampu berhenti berkelip untuk sementara, bagaimanapun, a akan terus berkelip pada selang yang kerap sehingga pad dakwat digantikan.

Pencetakan tanpa sempadan tidak tersedia tetapi pencetakan dengan sempadan tersedia.

Pencetak telah dimulakan dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar telah gagal.

Ikut langkah di bawah untuk cuba mengemas kini perisian tegar sekali lagi.

1. Sambungkan komputer dan pencetak dengan kabel USB. (Dalam mod pemulihan, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian.)

2. Layari laman web Epson tempatan anda untuk mendapatkan arahan lanjut.

Ralat pencetak telah berlaku.

Keluarkan sebarang kertas yang terdapat di dalam pencetak. Matikan kuasa dan hidupkan semula.

Sekiranya ralat terus berlaku selepas memadamkan kuasa dan menghidupkannya sekali lagi, hubungi sokongan Epson.

*1 Dalam sesetengah kitaran cetakan, sejumlah lebihan dakwat yang sangat sedikit dikumpulkan di dalam pad dakwat. Untuk mengelakkan kebocoran dakwat dari pad, pencetak direka untuk menghentikan percetakan apabila pad telah mencapai hadnya. Sama ada dan berapa kerap perkara ini diperlukan berbeza mengikut jumlah halaman yang anda cetak, jenis bahan yang anda cetak dan bilangan kitaran cucian yang pencetak lakukan. Keperluan untuk penggantian pad tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Pencetak akan menasihati anda bila pad perlu diganti dan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang disahkan oleh pembekal Perkhidmatan Epson. Jaminan Epson tidak meliputi kos penggantian ini.

*2 Dalam beberapa kitaran cetakan, sejumlah lebihan dakwat yang sangat kecil dikumpulkan di dalam pad dakwat cetakan tanpa sempadan. Untuk mengelakkan kebocoran dakwat daripada pad, produk ini direka untuk berhenti mencetak tanpa sempadan apabila pad telah mencapai hadnya. Sama ada dan berapa kerap ini diperlukan akan berbeza mengikut jumlah halaman anda mencetak menggunakan pilihan cetakan tanpa sempadan. Keperluan untuk penggantian pad tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Pencetak akan menasihati anda bila pad perlu diganti dan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang disahkan oleh pembekal Perkhidmatan Epson. Jaminan Epson tidak meliputi kos penggantian ini.