> Menyelesaikan Masalah > Kualiti Mencetak, Menyalin dan Mengimbas Teruk > Kualiti Cetakan Rendah > Jalur Berwarna Kelihatan pada Selang Dalam Anggaran 2.5 cm

Jalur Berwarna Kelihatan pada Selang Dalam Anggaran 2.5 cm

Sebab berikut boleh dipertimbangkan.

Tetapan jenis kertas tidak sepadan dengan kertas yang diisi.

Penyelesaian

Pilih tetapan jenis kertas yang sesuai untuk jenis kertas yang dimuatkan dalam pencetak.

Kualiti cetakan ditetapkan kepada rendah.

Penyelesaian

Semasa mencetak pada kertas biasa, cetak menggunakan tetapan yang berkualiti lebih tinggi.

  • Windows

    Pilih Tinggi daripada Kualiti pada tab Utama pemacu pencetak.

  • Mac OS

    Pilih Baik sebagai Print Quality daripada menu Tetapan Cetak dialog cetakan.

Kedudukan kepala cetak tidak sejajar.

Penyelesaian

Jajarkan kepala cetakan.

  • Windows

    Klik Penjajaran Kepala Cetak pada tab pemacu pencetak Penyelenggaraan.

  • Mac OS

    Pilih Pillihan Sistem daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks) dan kemudian, pilih pencetak. Klik Pilihan & Bekalan > Utiliti > Buka Utiliti Pencetak dan klik Print Head Alignment.