Apabila mengisi kertas yang lebih panjang daripada saiz undang-undang, pasang sokongan kertas, kemudian ratakan sisi depan kertas. Pilih Tetapn Pengguna sebagai tetapan saiz kertas.

Pastikan hujung kertas dipotong secara tegak lurus. Potongan condong boleh menyebabkan masalah suapan kertas.
Kertas panjang tidak boleh diletakkan dalam dulang output. Sediakan kotak atau seumpamanya untuk memastikan kertas tidak jatuh di atas lantai.
Jangan sentuh kertas yang sedang disuap atau ditolak keluar. Langkah ini boleh menyebabkan tangan anda cedera atau menyebabkan kualiti cetakan merosot.