> Dalam Situasi Ini > Mengangkut dan Menyimpan Pencetak

Mengangkut dan Menyimpan Pencetak

Apabila anda perlu menyimpan pencetak atau mengangkutnya untuk berpindah atau dibaiki, ikut langkah-langkah di bawah untuk membungkus pencetak.

  1. Matikan pencetak dengan menekan butang .

  2. Pastikan cahaya kuasa dimatikan, dan kemudian cabut palam kod kuasa.

    Penting:

    Cabut kord kuasa apabila lampu kuasa dimatikan. Jika tidak, kepala cetak tersebut tidak akan kembali ke kedudukan utama yang boleh menyebabkan dakwat kering dan cetakan tidak boleh dilakukan.

  3. Cabut semua kabel seperti kabel kuasa dan kabel USB.

  4. Keluarkan semua kertas dari pencetak.

  5. Pastikan tidak ada dokumen pada pencetak.

    Awas:

    Berhati-hati supaya tidak memerangkap tangan atau jari anda apabila membuka atau menutup unit pengimbas. Jika tidak, anda mungkin tercedera.

  6. Buka unit pengimbas sehingga berbunyi klik.

  7. Pastikan tudung tangki dakwat ditutup dengan kemas.

  8. Tutup unit pengimbas.

    Untuk keselamatan, unit pengimbas ditutup dalam dua langkah.

    Perhatian:

    Unit pengimbas mesti ditutup sepenuhnya sebelum ia boleh dibuka semula.

  9. Sediakan pencetak untuk pengangkutan seperti yang ditunjukkan di bawah.

  10. Letakkan pencetak di dalam beg plastik dan tutup beg tersebut dengan kedap.

  11. Bungkuskan pencetak dalam kotaknya menggunakan bahan pelindung.

Penting:
  • Apabila menyimpan atau mengangkut pencetak, letakkan pencetak dalam beg plastik dan lipat plastik itu untuk menutupnya. Elakkan daripada mencondongkan pencetak, meletakkan secara menegak atau menterbalikkannya; jika tidak dakwat boleh bocor.

  • Apabila menyimpan atau membawa botol dakwat, jangan condongkan botol dan jangan biarkan ia terdedah kepada impak atau perubahan suhu. Jika tidak, dakwat mungkin bocor walaupun penutup pada botol dakwat itu diperketatkan dengan selamat. Pastikan botol dakwat menegak apabila mengetatkan penutupnya dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah dakwat daripada bocor semasa membawa botol, seperti meletakkan botol di dalam beg.

  • Jangan letakkan botol dakwat yang telah dibuka ke dalam kotak dengan pencetak.

Jika selepas itu, kualiti cetakan telah menurun, laraskan kualiti cetakan. Untuk mendapatkan butiran, lihat pautan maklumat yang berkaitan di bawah.