> Menyelesaikan Masalah > Kod Ralat Dipaparkan pada Skrin LCD

Kod Ralat Dipaparkan pada Skrin LCD

Kod dipaparkan pada skrin LCD jika terdapat ralat atau maklumat yang memerlukan perhatian anda.

Kod

Situasi

Penyelesaian

E-01

Ralat pencetak telah berlaku.

Buka penutup dokumen dan unit pengimbas, kemudian keluarkan sebarang kertas atau bahan perlindungan di dalam pencetak. Matikan kuasa dan hidupkan semula.

E-02

Ralat pengimbas telah berlaku.

Matikan kuasa dan hidupkan semula.

E-12

Pad dakwat pencetakan tnpa smpdn tlh mcpai akhir hyt prkhdmtn. Ia tidak boleh digantikan oleh pengguna.

Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat cetakan tanpa sempadan*1*2*3. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna.

Anda tidak boleh melakukan cetakan tanpa sempadan sehingga bahagian tersebut diganti, tetapi anda boleh meneruskan cetakan dengan sempadan.

E-13

Pad Dakwat telah mencapai akhir hayat perkhidmatannya. Sila hubungi Sokongan Epson.

Untuk menggantikan pad dakwat, gantikan kotak penyelenggaraan.

Menggantikan Kotak Penyelenggaraan

Jika pad dakwat telah mencapai akhir hayat perkhidmatannya, anda tidak lagi boleh melakukan pembersihan. Anda boleh meneruskan cetakan, tetapi kualiti cetakan tidak boleh dijamin.

W-01

Kertas tersekat berlaku.

Keluarkan kertas daripada pencetak dan tekan butang yang dipaparkan di bahagian bawah skrin LCD untuk mengosongkan ralat tersebut. Dalam sesetengah keadaan, anda perlu mematikan dan menghidupkan kuasa semula.

Jika ralat kertas tersekat berterusan selepas mengeluarkan kertas serta mematikan dan menghidupkan kuasa semula, mungkin masih terdapat kertas di dalam pencetak. Isikan kertas bersaiz Surat atau A4 dalam penyuap kertas belakang dan tekan butang untuk mengeluarkan kertas yang terdapat di dalam pencetak. Isikan kertas dalam arah potret.

Mengeluarkan Kertas Yang Tersekat

W-14

Pad dakwat pencetakan tnpa smpdn mghmpiri akhir hyt prkhdmtn. Ia tidak boleh digantikan oleh pengguna.

Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat cetakan tanpa sempadan*1*2*3. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna. Mesej ini akan dipaparkan sehingga pad dakwat digantikan.

Tekan butang untuk menyambung semula percetakan.

W-15

Pad Dakwat semakin hampir dengan akhir hayat perkhidmatannya. Sila hubungi Sokongan Epson.

Sebaik sahaja pad dakwat mencapai akhir hayat perkhidmatannya, gantikannya dengan menggantikan kotak penyelenggaraan.

Menggantikan Kotak Penyelenggaraan

Semak mesej yang dipaparkan pada komputer dan kemudian, tekan butang yang dipaparkan di bahagian bawah skrin LCD untuk mengosongkan ralat tersebut.

Jika pad dakwat telah mencapai akhir hayat perkhidmatannya, anda tidak lagi boleh melakukan pembersihan. Anda boleh meneruskan cetakan, tetapi kualiti cetakan tidak boleh dijamin.

I-22

Tetapkan Wi-Fi daripada Persediaan Butang Tolak (WPS).

Tekan butang titik akses. Jika tiada butang pada titik akses, buka tetingkap tetapan titik akses dan klik butang yang dipaparkan dalam perisian.

I-23

Tetapkan Wi-Fi daripada Kod PIN (WPS).

Masukkan kod PIN yang dipaparkan pada skrin LCD ke dalam titik akses atau komputer dalam masa dua minit.

I-31

Tetapkan Wi-Fi daripada Sambung Mudah dengan Aplikasi.

Pasang perisian pada komputer anda dan tekan butang OK semasa penyediaan Wi-Fi bermula.

I-41

Pprn Auto Prsd Krts dinyahdayakan. Sesetengah fungsi tidak dapat digunakan.

Sekiranya Pprn Auto Prsd Krts dinyahdayakan, anda tidak boleh menggunakan AirPrint.

I-60

Komputer anda mungkin tidak menyokong WSD (Perkhidmatan Web untuk Peranti).

Ciri imbas ke komputer (WSD) hanya tersedia untuk komputer yang menjalankan versi bahasa Inggeris Windows 11, Windows 10, Windows 8.1, Windows 8 atau Windows 7. Pastikan bahawa pencetak disambung dengan betul ke komputer.

Recovery Mode

Pencetak telah dimulakan dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar telah gagal.

Ikut langkah-langkah di bawah untuk mencuba semula kemas kini perisian tegar.

1. Sambungkan komputer dan pencetak dengan kabel USB.

Penting:
  • Semasa mod pemulihan, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian. Anda hanya boleh menggunakan sambungan USB.

  • Gunakan kabel USB 2.0 jenis A-B.

2. Muat turun perisian tegar terkini dari laman web Epson tempatan anda ke komputer anda, dan kemudian mulakan kemas kini.

*1Nota untuk pengguna di rantau selain A.S. dan Kanada: Dalam beberapa kitaran cetakan, sejumlah lebihan dakwat yang sangat sedikit dikumpulkan di dalam pad dakwat cetakan tanpa sempadan. Untuk mengelakkan kebocoran dakwat daripada pad, produk ini direka untuk berhenti mencetak tanpa sempadan apabila pad telah mencapai hadnya. Sama ada dan berapa kerap ini diperlukan akan berbeza mengikut jumlah halaman anda mencetak menggunakan pilihan cetakan tanpa sempadan. Keperluan untuk penggantian pad tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Pencetak akan menasihati anda bila pad perlu diganti dan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang disahkan oleh pembekal Perkhidmatan Epson. Jaminan Epson tidak meliputi kos penggantian ini.

*2Nota untuk pengguna di A.S. dan Kanada dengan produk selain ET-2900U: Dalam beberapa kitaran cetakan, sejumlah lebihan dakwat yang sangat sedikit dikumpulkan di dalam pad dakwat cetakan tanpa sempadan. Untuk mengelakkan kebocoran dakwat daripada pad, produk ini direka untuk berhenti mencetak tanpa sempadan apabila pad telah mencapai hadnya. Sama ada dan berapa kerap ini diperlukan akan berbeza mengikut jumlah halaman anda mencetak menggunakan pilihan cetakan tanpa sempadan. Keperluan untuk penggantian pad tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Pencetak akan menasihati anda bila pad perlu diganti dan ini hanya boleh dilakukan oleh pembekal Perkhidmatan Epson yang disahkan. Jika perkara ini berlaku semasa waranti standard produk, penggantian pad dakwat cetakan tanpa sempadan dilindungi di bawah waranti standard.

*3Nota untuk pengguna ET-2900U: Dalam beberapa kitaran cetakan, sejumlah lebihan dakwat yang sangat sedikit dikumpulkan di dalam pad dakwat cetakan tanpa sempadan. Untuk mengelakkan kebocoran dakwat daripada pad, produk ini direka untuk berhenti mencetak tanpa sempadan apabila pad telah mencapai hadnya. Sama ada dan berapa kerap ini diperlukan akan berbeza mengikut jumlah halaman anda mencetak menggunakan pilihan cetakan tanpa sempadan. Keperluan untuk penggantian pad tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Pencetak akan menasihati anda bila pad perlu diganti dan ini hanya boleh dilakukan oleh pembekal Perkhidmatan Epson yang disahkan. Jika perkara ini berlaku, hubungi Epson.