Skrin LCD mungkin mengandungi beberapa kawasan kecil yang terang atau gelap, dan disebabkan ciri-ciri tersebut mungkin ia mempunyai kecerahan yang tidak rata. Keadaan ini adalah normal dan tidak menunjukkan bahawa ia telah rosak dalam apa jua cara.
Hanya gunakan kain yang lembut, kering untuk pembersihan. Jangan gunakan pembersih cecair atau bahan kimia.
Penutup luar skrin LCD boleh pecah sekiranya ia menerima impak yang berat. Jika permukaan skrin sumbing atau retak, hubungi sokongan Epson (A.S. dan Kanada) atau pengedar anda (rantau-rantau lain), dan jangan sentuh atau cuba untuk menanggalkan kepingan yang pecah.