Menjajarkan Kepala Cetakan

Sekiranya anda mendapati salah jajaran garisan menegak atau imej adalah kabur, sila jajarkan kepala cetakan.

  1. Pilih Penyelenggaraan pada panel kawalan pencetak.

  2. Pilih Pensejajaran Kepala Cetakan.

  3. Pilih satu daripada menu penjajaran.

    • Garisan menegak kelihatan tidak sejajar atau cetakan kelihatan kabur: pilih Penjajaran Menegak.
    • Jaluran mendatar berlaku pada selang masa yang kerap: pilih Penjajaran Mendatar.
  4. Ikut arahan pada skrin untuk mengisi kertas dan mencetak corak penjajaran.