Periksa ralat yang dipaparkan pada panel kawalan dan ikut arahan untuk mengeluarkan kertas yang tersekat termasuk sebarang kepingan yang terkoyak. Skrin LCD memaparkan animasi yang menunjukkan cara untuk mengeluarkan kertas yang tersekat. Seterusnya, pilih OK untuk mengosongkan ralat.
Jangan sentuh butang pada panel kawalan semasa tangan anda berada dalam pencetak. Sekiranya pencetak bermula beroperasi, ia boleh menyebabkan kecederaan. Berhati-hati untuk tidak menyentuh bahagian yang menonjol bagi mengelakkan kecederaan.
Keluarkan kertas yang tersekat dengan berhati-hati. Mengeluarkan kertas secara kasar boleh menyebabkan kerosakan kepada pencetak.
Semasa mengeluarkan kertas yang tersekat, elakkan daripada mencondongkan pencetak, meletakkan secara menegak atau menterbalikkannya; jika tidak dakwat boleh bocor.