Eksport tetapan untuk pencetak.
Akses Web Config dan kemudian pilih tab Device Management > Export and Import Setting Value > Export.
Pilih tetapan yang anda ingin eksport.
Pilih tetapan yang anda ingin eksport. Jika anda memilih kategori induk, subkategori turut akan dipilih. Namun begitu, subkategori yang menyebabkan ralat dengan menduplikasi dalam rangkaian yang sama (seperti alamat IP dan sebagainya) tidak boleh dipilih.
Masukkan kata laluan untuk menyulitkan fail yang dieksport.
Anda memerlukan kata laluan untuk mengimport fail. Biarkan kosong jika anda tidak mahu menyulitkan fail.
Klik Export.
Jika anda mahu mengeksport tetapan rangkaian pencetak seperti nama peranti dan alamat IPv6, pilih Enable to select the individual settings of device dan pilih lebih banyak item. Gunakan nilai yang dipilih sahaja untuk pencetak gantian.