Mengeksport Kenalan

Simpan maklumat kenalan pada fail.

Anda boleh mengedit fail yang disimpan dalam format sylk atau csv dengan menggunakan aplikasi hamparan atau editor teks. Anda boleh mendaftarkan semua pada satu masa selepas memadamkan atau menambahkan maklumat.

Maklumat yang mengandungi item keselamatan seperti kata laluan dan maklumat peribadi boleh disimpan dalam format binari dengan kata laluan. Anda tidak boleh mengedit fail ini. Ini boleh digunakan sebagai fail sandaran maklumat termasuk item keselamatan.

  1. Mulakan Epson Device Admin.

  2. Pilih Devices pada menu tugas bar sisi.

  3. Pilih peranti yang ingin anda konfigurasikan daripada senarai peranti.

  4. Klik Device Configuration pada tab Home pada menu reben.

    Apabila kata laluan pentadbir telah ditetapkan, masukkan kata laluan dan klik OK.

  5. Klik Common > Contacts.

  6. Pilih format eksport daripada Export >Export items.

    • All Items
      Eksport fail binari yang disulitkan. Pilih apabila anda ingin menyertakan item keselamatan seperti kata laluan dan maklumat peribadi. Anda tidak boleh mengedit fail ini. Jika anda memilihnya, anda perlu menetapkan kata laluan. Klik Configuration dan tetapkan kata laluan antara 8 hingga 63 aksara dalam ASCII. Kata laluan ini diperlukan semasa mengimport fail binari.
    • Items except Security Information
      Eksport fail dengan format sylk atau csv. Pilih apabila anda ingin mengedit maklumat fail yang dieksport.
  7. Klik Export.

  8. Tentukan tempat untuk menyimpan fail, pilih jenis fail dan klik Save.

    Satu mesej selesai dipaparkan.

  9. Klik OK.

    Pastikan fail itu disimpan pada tempat yang dinyatakan.