Menyimpan Faks Tanpa Menentukan Penerima (Spn Data Faks)

Memandangkan anda boleh menghantar faks menggunakan dokumen yang disimpan dalam pencetak, anda boleh menjimatkan masa mengimbas dokumen apabila anda perlu menghantar dokumen yang sama dengan kerap. Anda boleh menyimpan sehingga 100 halaman daripada satu dokumen dalam monokrom. Anda boleh menyimpan 10 dokumen dalam kotak dokumen yang disimpan pencetak.

Perhatian:

Menyimpan 10 dokumen mungkin tidak dapat dilakukan bergantung pada keadaan penggunaan seperti saiz fail bagi dokumen yang disimpan.

  1. Letakkan dokumen asal.

  2. Pilih Kotak Faks pada skrin utama.

  3. Pilih Dokumen Disimpan, ketik (Menu Peti) dan pilih Spn Data Faks.

  4. Dalam tab Tetapan Faks yang dipaparkan, buat tetapan seperti resolusi jika perlu.

  5. Ketik untuk menyimpan dokumen.

Selepas menyimpan dokumen, anda boleh pratonton imej yang diimbas dengan memilih Kotak Faks > Dokumen Disimpan dan mengetik kotak untuk dokumen atau anda boleh memadamkannya dengan mengetik di sebelah kanan kotak untuk dokumen.