Melaraskan Kualiti Cetakan

Jika anda mendapati garisan menegak tidak sejajar, imej kabur atau jalur mendatar, laraskan kualiti cetakan.

  1. Muatkan kertas biasa bersaiz A4 dalam kaset kertas 1.

  2. Pilih Tetapan pada skrin utama.

  3. Pilih Penyelengg. > Pelarasan Kualiti Cetakan.

  4. Ikut arahan pada skrin untuk menyemak pencetak bagi meningkatkan kualiti cetakan.

    Jika mesej yang mengesyorkan anda supaya membersihkan kepala cetak dipaparkan, lakukan pembersihan kepala cetak.

  5. Ikut arahan pada skrin untuk mencetak corak bagi penjajaran kepala cetak dan kemudian jajarkan kepala cetak.

    • Corak ini membolehkan anda melakukan penjajaran jika cetakan anda kelihatan kabur.
      Cari dan pilih nombor untuk corak yang paling padu.
    • Corak ini membolehkan anda melakukan penjajaran jika garisan berbaris menegak kelihatan tidak sejajar.
      Cari dan pilih nombor untuk corak yang mempunyai paling kurang garisan menegak yang tidak sejajar.
    • Corak ini membolehkan anda melakukan penjajaran jika anda nampak jalur mendatar pada selang yang tetap.
      Cari dan pilih nombor untuk corak paling kurang diasingkan dan bertindih.