> Penjagaan Pencetak > Meningkatkan Kualiti Cetakan, Salinan, Imbasan dan Faks > Membersihkan Laluan Kertas untuk Dakwat Comot

Membersihkan Laluan Kertas untuk Dakwat Comot

Apabila cetakan menjadi comot atau haus, bersihkan bahagian dalam penggelek.

Penting:

Jangan gunakan kertas tisu untuk membersihkan bahagian dalam pencetak. Muncung kepala cetak mungkin tersumbat dengan lin.

  1. Pilih Tetapan pada skrin utama.

  2. Pilih Penyelengg. > Pembersihan Panduan Kertas.

  3. Pilih sumber kertas, isikan kertas biasa bersaiz A4 dalam sumber kertas yang anda pilih dan kemudian ikut arahan pada skrin untuk membersihkan laluan kertas.

    Memuatkan Kertas

    Perhatian:

    Ulangi prosedur ini sehingga kertas tersebut tidak comot dengan dakwat. Jika cetakan masih comot atau haus, bersihkan sumber kertas yang lain.