Tidak Boleh Mengakses Web Config

Alamat IP tidak diperuntukkan kepada pencetak.

Alamat IP yang sah mungkin tidak diperuntukkan kepada pencetak. Konfigurasikan alamat IP menggunakan panel kawalan pencetak. Anda boleh mengesahkan maklumat tetapan semasa dengan helaian status rangkaian atau dari panel kawalan pencetak.

Pelayar web tidak menyokong Kekuatan Penyulitan untuk SSL/TLS.

SSL/TLS mempunyai Encryption Strength. Anda boleh membuka Web Config dengan menggunakan pelayar web yang menyokong penyulitan pukal seperti yang dinyatakan di bawah. Pastikan anda menggunakan pelayar yang disokong.

  • 80 bit: AES256/AES128/3DES

  • 112 bit: AES256/AES128/3DES

  • 128 bit: AES256/AES128

  • 192 bit: AES256

  • 256 bit: AES256

CA-signed Certificate sudah tamat tempoh.

Jika terdapat masalah dengan tarikh tamat tempoh sijil, “Sijil telah tamat tempoh” akan dipaparkan semasa menyambung ke Web Config dengan komunikasi SSL/TLS (https). Jika mesej tersebut muncul sebelum tarikh tamat tempohnya, pastikan bahawa tarikh pencetak dikonfigurasikan dengan betul.

Nama biasa sijil dan pencetak tidak sepadan.

Jika nama biasa sijil dan pencetak tidak sepadan, mesej “Nama sijil keselamatan tidak sepadan···” akan dipaparkan semasa mengakses Web Config menggunakan komunikasi SSL/TLS (https). Hal ini berlaku kerana alamat IP berikut tidak sepadan.

  • Alamat IP pencetak yang dimasukkan pada nama biasa untuk mencipta Self-signed Certificate atau CSR

  • Alamat IP yang dimasukkan pada pelayar web semasa menjalankan Web Config

Untuk Self-signed Certificate, kemas kini sijil.

Untuk CA-signed Certificate, ambil semula sijil itu untuk pencetak.

Tetapan pelayan proksi alamat setempat tidak ditetapkan pada pelayar web.

Apabila pencetak ditetapkan untuk menggunakan pelayan proksi, konfigurasi dan pelayar web supaya tidak bersambung kepada alamat setempat melalui pelayan proksi.

  • Windows:

    Pilih Panel Kawalan > Rangkaian dan Internet > Pilihan Internet > Sambungan > Tetapan LAN > Pelayan proksi dan kemudian, konfigurasi untuk tidak menggunakan pelayan proksi untuk LAN (alamat setempat).

  • Mac OS:

    Pilih Keutamaan Sistem > Rangkaian > Lanjutan > Proksi dan kemudian, daftar alamat setempat untuk Pintas tetapan proksi untuk Hos & Domain ini.

    Contoh:

    192.168.1.*: Alamat setempat 192.168.1.XXX, topeng subnet 255.255.255.0

    192.168.*.*: Alamat setempat 192.168.XXX.XXX, topeng subnet 255.255.0.0