Item mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan lain yang anda buat.
H&P/Warna
Pilih sama ada hendak mengimbas dalam monokrom atau warna.
Format Fail:
Pilih format untuk menyimpan imej yang diimbas.
2 Muka:
Imbas kedua-dua belah dokumen.
Orientasi(Asal):
Pilih orientasi dokumen.
Jilidkan(Asal):
Pilih arah ikatan dokumen.
Kawasan Imbas:
Pilih kawasan imbasan. Untuk memangkas ruang putih di sekitar teks atau imej semasa mengimbas, pilih Pangkas Auto. Untuk mengimbas pada kawasan maksimum kaca pengimbas, pilih Kawasan Maksimum.