Sebelum mencipta folder kongsi, semak perkara berikut.
Pencetak disambungkan kepada rangkaian tempat ia boleh mengakses komputer yang akan mencipta folder kongsi.
Aksara berbilang bait tidak disertakan dalam nama komputer yang akan mencipta folder kongsi.
Apabila terdapat aksara berbilang bait dalam nama komputer, proses penyimpanan fail pada folder kongsi akan gagal.
Dalam hal ini, tukar kepada komputer yang tidak mengandungi aksara berbilang bait di dalam namanya atau tukar nama komputer.
Semasa menukar nama komputer, pastikan anda mengesahkan dengan pentadbir terlebih dahulu kerana ia boleh memberi kesan terhadap beberapa tetapan, seperti pengurusan komputer, akses sumber dan sebagainya.