Menyemak Status Rangkaian IEEE 802.1X

Anda boleh menyemak status IEEE 802.1X dengan mencetak helaian status rangkaian.

ID Status

Status IEEE 802.1X

Disable

Ciri IEEE 802.1X dinyahdayakan.

EAP Success

Pengesahan IEEE 802.1X telah berjaya dan sambungan rangkaian tersedia.

Authenticating

Pengesahan IEEE 802.1X tidak dilengkapkan.

Config Error

Pengesahan telah gagal kerana ID pengguna tidak ditetapkan.

Client Certificate Error

Pengesahan telah gagal kerana sijil klien sudah lapuk.

Timeout Error

Pengesahan telah gagal kerana tiada jawapan daripada pelayan RADIUS dan/atau pengesah.

User ID Error

Pengesahan telah gagal kerana ID pengguna pencetak dan/atau protokol sijil tidak betul.

Server ID Error

Pengesahan telah gagal kerana ID pelayan bagi sijil pelayan dan ID pelayan tidak sepadan.

Server Certificate Error

Pengesahan telah gagal kerana terdapat ralat berikut dalam sijil pelayan.

  • Sijil pelayan sudah lapuk.

  • Rantai sijil pelayan tidak betul.

CA Certificate Error

Pengesahan telah gagal kerana terdapat ralat berikut dalam sijil CA.

  • Sijil CA yang ditentukan tidak betul.

  • Sijil CA yang betul tidak diimport.

  • Sijil CA sudah lapuk.

EAP Failure

Pengesahan telah gagal kerana terdapat ralat berikut dalam tetapan pencetak.

  • Jika EAP Type ialah EAP-TLS atau PEAP-TLS, sijil klien tidak betul atau mempunyai masalah tertentu.

  • Jika EAP Type ialah EAP-TTLS atau PEAP/MSCHAPv2, ID pengguna atau kata laluan tidak betul.