Memaparkan Maklumat Rangkaian Terperinci pada Panel Kawalan

Apabila pencetak anda disambungkan ke rangkaian, anda juga boleh melihat maklumat lain yang berkaitan rangkaian dengan memilih menu rangkaian yang ingin disemak.

  1. Pilih Tetapan pada skrin utama.

  2. Pilih Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian.

  3. Untuk menyemak maklumat, pilih menu yang ingin anda semak.

    • Status LAN Berwayar/Wi-Fi
      Memaparkan maklumat rangkaian (nama peranti, sambungan, kekuatan isyarat dan sebagainya) untuk sambungan Ethernet atau Wi-Fi.
    • Status Wi-Fi Direct
      Memaparkan sama ada Wi-Fi Direct didayakan atau dinyahdayakan serta SSID, kata laluan dan sebagainya untuk sambungan Wi-Fi Direct.
    • Status Pelayan E-mel
      Memaparkan maklumat rangkaian untuk pelayan e-mel.
    • Cetak Helaian Status
      Mencetak helaian status rangkaian. Maklumat untuk Ethernet, Wi-Fi, Wi-Fi Direct dan sebagainya dicetak pada dua atau beberapa halaman.