Penyelesaian
Sekiranya mesin penerima tidak mengangkat panggilan anda dalam masa 50 saat selepas pencetak telah selesai mendail, panggilan berakhir dengan ralat. Dail menggunakan ciri
(Bebas Tgn) atau menggunakan telefon yang disambungkan untuk memeriksa tempoh masa yang diambil sebelum anda mendengar nada faks. Sekiranya ia mengambil masa lebih daripada 50 saat, tambahkan jeda selepas nombor faks untuk menghantar faks. Ketik
untuk memasukkan jeda. Tanda sempang dimasukkan sebagai tanda jeda. Satu jeda adalah kira-kira tiga saat. Tambah beberapa jeda seperti yang diperlukan.