Membuat Tetapan Simpanan untuk Menerima Faks dengan Syarat Khusus

Anda boleh membuat tetapan untuk menyimpan faks yang diterima ke peti masuk dan peranti memori luaran daripada pengirim yang ditentukan atau pada masa yang ditentukan. Menyimpan faks dalam kotak rahsia atau peti masuk membolehkan anda mengesahkan kandungan faks yang diterima dengan melihat faks pada skrin LCD pencetak sebelum pencetak mencetak faks.

Sebelum anda menggunakan ciri untuk menyimpan faks yang diterima pada masa yang ditentukan, pastikan tetapan Tarikh/Masa dan Perbezaan Masa pencetak adalah betul. Akses menu dari Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Tetapan Tarikh/Masa.

Perhatian:
  • Selain menggunakan panel kawalan pencetak, anda boleh menggunakan Web Config untuk membuat tetapan penyimpanan untuk menerima faks. Pilih tab Fax > Tetapan Simpan/Majukan > Simpan/Majukan Bersyarat, pilih bilangan kotak rahsia dan pilih Edit serta buat tetapan destinasi penyimpanan.

  • Anda juga boleh mencetak dan/atau memajukan faks yang diterima pada masa yang sama. Buat tetapan pada skrin Edit yang disebut di atas.

  1. Pilih Tetapan pada panel kawalan pencetak dan kemudian pilih Tetapan Pencetak > Tetapan Faks.

  2. Pilih Tetapan Terima > Tetapan Simpan/Majukan > Simpan/Majukan Bersyarat, kemudian ketik pada kotak yang tidak berdaftar di bawah Simpan/Majukan Bersyarat.

  3. Pilih kotak Nama dan masukkan nama yang ingin anda daftarkan.

  4. Pilih kotak Syarat-syarat untuk membuat tetapan syarat.

    • Nombor Faks pghntar adlah spdan: Jika nombor faks masuk sepadan dengan syarat yang anda pilih dalam item ini, pencetak menyimpan dan memajukan faks yang diterima.
      Pilih syarat Nombor Faks pghntar adlah spdan dan masukkan nombor faks (maks. 20 digit) dengan memilih kotak Nombor Faks.
    • Padanan sesuai subalamat(SUB): Jika subalamat (SUB) ialah padanan sempurna, pencetak menyimpan dan memajukan faks yang diterima.
      Dayakan tetapan Padanan sesuai subalamat(SUB) dan masukkan kata laluan dengan memilih kotak Subalamat(SUB).
    • Padanan sesuai kata laluan(SID): Jika kata laluan (SID) dipadankan dengan sempurna, pencetak menyimpan dan memajukan faks yang diterima.
      Dayakan tetapan Padanan sesuai kata laluan(SID) dan masukkan kata laluan dengan memilih kotak Kata laluan(SID).
    • Masa Menerima: Pencetak menyimpan dan memajukan faks yang diterima semasa tempoh masa yang tertentu.
      Dayakan tetapan Masa Menerima dan kemudian, tetapkan masa dalam Masa Mula dan Masa Tamat.
  5. Pilih Destinasi Simpan/Majukan dan kemudian, buat tetapan untuk destinasi, kotak dan/atau peranti memori luaran sasaran.

    • Untuk menyimpan faks yang diterima ke Peti masuk atau kotak sulit:
      Pilih Simpan ke Kotak Faks.
      Ketik Simpan ke Kotak Faks untuk menetapkan ini kepada Hidup.
      Pilih kotak untuk menyimpan dokumen.
    • Untuk menyimpan faks yang diterima ke peranti memori luaran:
      Masukkan peranti memori ke dalam port USB antara muka luaran pencetak.
      Pilih Simpan ke Peranti Memori.
      Ketik Simpan ke Peranti Memori untuk menetapkan ini kepada Hidup.
      Semak mesej yang dipaparkan dan kemudian, ketik Cipta.
      Folder untuk menyimpan dokumen yang diterima dibuat dalam peranti memori.
      Penting:

      Dokumen yang diterima disimpan dalam memori pencetak buat sementara waktu sebelum dokumen disimpan dalam peranti memori disambungkan kepada pencetak. Oleh sebab terdapat ralat memori penuh yang menyahdayakan penghantaran dan penerimaan faks, pastikan peranti memori bersambung kepada pencetak.

    Perhatian:

    Untuk mencetak faks yang diterima pada masa yang sama, ketik Cetak untuk menetapkan ini kepada Hidup.

  6. Pilih Tutup untuk melengkapkan Tetapan Destinasi Simpan/Majukan.

    Perhatian:

    Anda boleh menetapkan pencetak untuk menghantar e-mel kepada seseorang yang anda mahu maklumkan tentang hasil penyimpanan faks apabila penyimpanan selesai. Jika perlu, pilih Pemberitahuan E-mel, tetapkan proses, kemudian pilih destinasi yang hendak dihantar pemberitahuan daripada senarai kenalan.

  7. Pilih OK sehingga anda kembali ke skrin Tetapan Simpan/Majukan untuk melengkapkan Simpan/Majukan Bersyarat.

  8. Pilih kotak berdaftar yang anda telah lakukan tetapan syarat dan kemudian, pilih Dayakan.

Langkah ini melengkapkan proses penetapan penyimpanan bersyarat untuk menerima faks. Anda boleh menetapkan Tetapan Biasa jika perlu. Untuk butiran, lihat penerangan untuk Tetapan Biasa dalam menu Tetapan Simpan/Majukan.