> Menyalin > Pilihan Menu Lanjutan untuk Menyalin

Pilihan Menu Lanjutan untuk Menyalin

Perhatian:

Item mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan lain yang anda buat.

Berbl. Hlmn:

Pilih bentangan salinan.

  • Satu Hlmn

    Menyalin satu dokumen asal satu muka kepada satu helaian.

  • 2-atas

    Menyalin dua dokumen asal satu muka kepada satu helaian dalam bentangan 2-ke atas. Pilih susunan bentangan dan orientasi dokumen asal anda.

  • 4-atas

    Menyalin empat dokumen asal satu muka kepada satu helaian dalam bentangan 4-ke atas. Pilih susunan bentangan dan orientasi dokumen asal anda.

Saiz Asal:

Pilih saiz dokumen asal anda. Semasa menyalin dokumen asal bersaiz bukan standard, pilih saiz paling hampir kepada dokumen asal anda.

Menyelesaikan:

Pilih cara untuk menolak keluar kertas bagi berbilang salinan daripada berbilang dokumen asal.

  • Kumpulan (Hlmn Sama)

    Menyalin dokumen asal mengikut halaman sebagai kumpulan.

  • Menyusun (Urutan Hlmn)

    Menyalin dokumen asal yang dikumpulkan mengikut susunan dan disusun menjadi set.

Orientasi(Asal):

Pilih orientasi dokumen asal anda.

Kualiti Imej:

Laraskan tetapan imej.

  • Kontras

    Laraskan perbezaan antara bahagian cerah dan gelap.

  • Penepuan

    Laraskan kejelasan warna.

  • Imbangan Merah, Imbangan Hijau, Imbangan Biru

    Laraskan ketumpatan untuk setiap warna.

  • Ketajaman

    Laraskan garis bentuk imej.

  • Peraturan Rona

    Laraskan tona warna kulit. Ketik + untuk menjadikannya sejuk (tingkatkan hijau) dan ketik - untuk menjadikannya hangat (tingkatkan merah).

  • Alih Keluar Latar Belakang

    Laraskan ketumpatan warna latar belakang. Ketik + untuk menjadikannya cerah (putih) dan ketik - untuk menjadikannya gelap (hitam).

Margin Pengikatan:

Pilih kedudukan ikatan, margin dan orientasi dokumen anda.

Kertas Kurgkn utk Muat:

Menyalin imej yang diimbas pada saiz yang lebih kecil daripada nilai Kecilkn/Bsrkn untuk dimuatkan dalam saiz kertas. Jika nilai Kecilkn/Bsrkn lebih besar daripada saiz kertas, data mungkin dicetak melebihi tepi kertas.

Buang Bayang:

Membuang bayang yang muncul di keliling salinan semasa menyalin kertas tebal atau yang muncul di tengah salinan semasa menyalin buku kecil.

Buang Lubang Tebuk:

Mengalih keluar lubang pengikat apabila menyalin.

Salinan Kad ID:

Mengimbas kedua-dua belah kad ID dan menyalin kepada satu muka kertas.