Tetapan Pencetak

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak

Anda tidak boleh menukar tetapan yang telah dikunci oleh pentadbir anda.

Tetapan Punca Kertas:
Tetapan Kertas:

Pilih sumber kertas untuk menentukan saiz dan jenis kertas yang anda muatkan.Apabila Kesan Auto Saiz Kertas didayakan, pencetak mengesan saiz kertas yang anda muatkan.

Keutamaan Dulang Kertas:

Pilih Hidup untuk memberi keutamaan cetakan kepada kertas yang dimuatkan dalam suapan kertas belakang.

Auto Tukar A4/Surat:

Pilih Hidup untuk menyuapkan kertas daripada sumber kertas yang ditetapkan sebagai saiz A4 apabila tiada sumber kertas ditetapkan sebagai Surat atau suapan daripada sumber kertas yang ditetapkan sebagai saiz Surat apabila tiada sumber kertas yang ditetapkan sebagai A4.

Tetapan Auto Pilih:

Apabila kertas habis, kertas disuap secara automatik daripada sumber kertas yang mempunyai tetapan sama seperti tetapan kertas untuk tugas cetakan. Anda boleh menetapkan pemilihan automatik untuk setiap sumber kertas bagi setiap fungsi dalam salinan, faks atau lain-lain. Anda tidak boleh menetapkan segala-galanya kepada mati.

Tetapan ini dinyahdayakan apabila anda memilih sumber kertas khusus dalam tetapan kertas untuk tugas cetakan. Bergantung pada tetapan jenis kertas pada tab Utama pemacu pencetak, kertas mungkin tidak disuap secara automatik.

Notis Ralat:

Pilih Hidup untuk memaparkan mesej ralat apabila saiz atau jenis kertas yang dipilih tidak sepadan dengan kertas yang dimuatkan.

Pprn Auto Persediaan Krts:

Pilih Hidup untuk memaparkan skrin Tetapan Kertas semasa memuatkan kertas dalam kaset kertas. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.

Tetapan Cetakan Universal:

Tetapan cetakan ini digunakan apabila anda mencetak menggunakan peranti luaran tanpa menggunakan pemacu pencetak. Tetapan ofset digunakan apabila anda mencetak menggunakan pemacu pencetak.

Ofset Atas:

Laraskan margin bahagian atas kertas.

Ofset Kiri:

Laraskan margin bahagian kiri kertas.

Ofset Atas di bahagian belakang:

Laraskan margin bahagian atas untuk belakang halaman apabila menjalankan cetakan 2 muka.

Ofset Kiri di bahagian belakang:

Laraskan margin bahagian kiri untuk belakang halaman apabila menjalankan cetakan 2 muka.

Periksa Lebar Kertas:

Pilih Hidup untuk memeriksa lebar kertas sebelum mencetak. Ini mencegah cetakan melebihi tepi kertas semasa tetapan saiz kertas tidak betul, tetapi ini boleh mengurangkan kelajuan cetakan.

Langkau Halaman Kosong:

Melangkau halaman kosong dalam data cetakan secara automatik.

Penyelesai Ralat Auto:

Pilih tindakan untuk dijalankan apabila ralat cetakan 2 muka atau ralat memori penuh berlaku.

  • Hidup

    Memaparkan amaran dan mencetak dalam mod satu muka apabila ralat cetakan 2 muka berlaku atau mencetak maklumat yang dapat diproses oleh pencetak sahaja apabila ralat memori penuh berlaku.

  • Mati

    Memaparkan mesej ralat dan membatalkan cetakan.

Antara Muka Peranti Memori:
  • Peranti Memori:

    Pilih Dayakan untuk membolehkan pencetak mengakses peranti memori yang dimasukkan. Jika Nyahdaya dipilih, anda tidak boleh menyimpan data pada peranti memori dengan pencetak. Ini mencegah dokumen rahsia daripada dialih keluar secara tidak sah.

  • Perkongsian Fail:

    Pilih sama ada hendak memberikan akses tulis kepada peranti memori daripada komputer yang disambungkan dengan USB atau komputer yang disambungkan melalui rangkaian.

Kertas Tebal:

Pilih Hidup untuk mengelakkan dakwat daripada tercalit pada cetakan anda, namun begitu, langkah ini boleh merendahkan kelajuan cetakan.

Mod Senyap:

Pilih Hidup untuk mengurangkan bising semasa mencetak, namun begitu, ini boleh mengurang kelajuan cetakan. Bergantung pada jenis kertas dan tetapan kualiti cetakan yang anda pilih, mungkin tidak terdapat perbezaan dalam tahap bising pencetak.

Masa Kering Dakwat:

Pilih masa pengeringan dakwat yang ingin digunakan semasa melakukan cetakan 2 muka. Pencetak mencetak bahagian lain selepas mencetak pada satu bahagian. Jika cetakan anda comot, tingkatkan tetapan masa.

Dwiarah:

Pilih Hidup untuk menukar arah cetakan; Mencetak ketika kepala cetak bergerak ke kiri atau ke kanan. Jika garisan berbaris melintang atau menegak pada cetakan anda kelihatan kabur atau senget, menyahdayakan ciri ini mungkin menyelesaikan masalah tersebut; tetapi, berbuat demikian mungkin mengurangkan kelajuan cetakan.

Pemanjangan Automatik Bekas Output:

Pilih Hidup untuk memanjangkan sokongan kertas output secara automatik semasa mencetak di atas kertas yang lebih besar daripada saiz A4.

Sambungan PC melalui USB:

Pilih Dayakan untuk membolehkan komputer mengakses pencetak semasa disambungkan melalui USB. Apabila Nyahdaya dipilih, cetakan dan imbasan yang tidak dihantar melalui sambungan rangkaian akan disekat.