Mengemas Kini Perisian Tegar Menggunakan Web Config

Apabila pencetak boleh disambungkan ke Internet, anda boleh mengemas kini perisian tegar daripada Web Config.

  1. Akses Web Config dan pilih tab Device Management > Firmware Update.

  2. Klik Start dan kemudian, ikut arahan pada skrin.

    Pengesahan perisian tegar bermula dan maklumat perisian tegar dipaparkan jika perisian tegar yang dikemas kini wujud.

Perhatian:

Anda juga boleh mengemas kini perisian tegar menggunakan Epson Device Admin. Anda boleh mengesahkan maklumat perisian tegar secara visual pada senarai peranti. Ia berguna apabila anda ingin mengemas kini berbilang perisian tegar peranti. Lihat panduan Epson Device Admin atau bantuan untuk butiran lanjut.