> Pengimbasan > Mengimbas Dokumen ke Komputer

Mengimbas Dokumen ke Komputer

Perhatian:

Untuk menggunakan ciri ini, pastikan aplikasi berikut dipasang pada komputer anda.

  • Epson ScanSmart (Windows 7 atau lebih baharu, atau OS X El Capitan atau lebih baharu)

  • Epson Event Manager (Windows Vista/Windows XP atau OS X Yosemite/OS X Mavericks/OS X Mountain Lion/Mac OS X v10.7.x/Mac OS X v10.6.8)

  • Epson Scan 2 (aplikasi diperlukan untuk menggunakan ciri pengimbas)

Lihat yang berikut untuk menyemak aplikasi yang dipasang.

Windows 10: Klik butang mula dan pilih folder Epson Software > Epson ScanSmart serta folder EPSON > Epson Scan 2.

Windows 8.1/Windows 8: Masukkan nama aplikasi dalam bahagian carian, dan kemudian pilih ikon yang dipaparkan.

Windows 7: Klik butang mula dan pilih Semua Program. Seterusnya, pilih folder Epson Software > Epson ScanSmart dan folder EPSON > Epson Scan 2.

Windows Vista/Windows XP: Klik pada butang mula, kemudian pilih Semua Program atau Program. Seterusnya, pilih folder Epson Software > Epson Event Manager dan folder EPSON > Epson Scan 2.

Mac OS: Pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software.

  1. Letakkan dokumen asal.

    Meletakkan Dokumen

  2. Pilih Imbasan > Komputer pada panel kawalan.

  3. Pilih komputer mana untuk menyimpan imej yang diimbas.

  4. Buat tetapan imbasan.

    • Pilih tindakan: Pilih kaedah penyimpanan.
      Semasa menggunakan Windows 7 atau lebih baharu, atau OS X El Capitan atau lebih baharu: Pilih Pratonton pada Komputer untuk pratonton imej yang diimbas pada komputer anda sebelum menyimpan imej.
    • 2 Muka: Imbas kedua-dua muka dokumen asal.
  5. Ketik .

    Semasa menggunakan Windows 7 atau lebih baharu, atau OS X El Capitan atau lebih baharu: Epson ScanSmart dimulakan secara automatik pada komputer anda dan imbasan bermula.

    Perhatian:
    • Lihat bantuan Epson ScanSmart bagi mendapatkan maklumat operasi terperinci untuk perisian. Klik Bantuan pada skrin Epson ScanSmart untuk membuka bantuan.

    • Anda bukan sahaja boleh mula mengimbas dari pencetak tetapi juga dari komputer anda dengan menggunakan Epson ScanSmart.